<<((Berita Tidak Benar))>>>Bunga Raja dari Gunung Himalaya yang mekar setiap 400 tahun

Foto tular disebut Bunga Raja dari Gunung Himalaya yang dikata kan mekar 400 tahun sekali, tahun ini mekar. Betul ke tu? Semak dulu


Ini bukan pertama kalinya khabar angin mengenai bunga yang hanya mekar setiap 400 tahun di Himalaya telah tersebar di media sosial. 




Pada tahun 2018, tular gambar bunga yang berbeza tetapi menggunakan fakta kehebatan "400 tahun"

Foto yang tular  kononnya menunjukkan bunga pagoda(raja)  sering dikongsi di media sosial bersama dengan kepercayaan bahawa ia hanya mekar sekali setiap 400 tahun di Himalaya:

Gambar ini sebenarnya tanaman yang disebut Rheum nobile . Walaupun tanaman besar ini berasal dari Himalaya, ia tidak berbunga setiap 400 tahun sekali. 

Foto yang dipaparkan di atas diambil oleh Martin Walsh berhampiran Gunung Daxue di Yunnan, China. Kami tidak pasti bila gambar itu diambil, tetapi itu adalah gambar utama untuk buletin 2011 dari Alpine Garden Society. Tumbuhan di latar depan adalah Rheum nobile , yang boleh mencapai ketinggian sekitar  1 meter.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing