28-6-2020 TINDAKAN DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN

TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN
DBKL meneruskan lagi tindakan terhadap warga asing pada hari ini (Ahad - 28 Jun 2020) yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Dengan kekuatan seramai 5 anggota, tindakan penutupan 2 buah premis kedai jahit yang dikendalikan warga asing telah dilaksanakan di bawah Sek.101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Premis-premis Kedai Jahit ini terletak di Lot  No 1-121 dan No 1-113, Plaza Idaman, Kuala Lumpur.

Premis kedai jahit pertama dikendalikan oleh 3 orang warga Somalia dan manakala premis kedua oleh seorang warga Yemen. Mereka didapati adalah pemegang kad UNHCR.
Tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran, boleh hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome

Ulasan

  1. Harap semua PBT dlm Malaysia bertegas dan ambil tindakan keatas peniaga asing yg tiada kebenaran. Mereka kadang tu menghina pengusa PBT yg tidak ambil tindakan selepas....... malu la bangsa kita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing