Buka mata Lihat berapa luas ruang udara Singapura hasil perjanjian 1974
Lihatlah luasnya ruang udara Singapura. Sebahagian ruang udara negara diletakkan di bawah pengurusan Singapura melalui Surat Perjanjian Operasi antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).
Pada ketika itu, negara masih belum memilikki peralatan secukupnya. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) cadangkan agar Singapura diberi hak penjagaan ruang udara berkenaan. Sebab itu tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak lebih mahal berbanding harga tiket ke Indonesia.
Kini, Malaysia mahu mengambil alih. Singapura, macam biasa, buat liat.
"Singapura menghormati kehendak Malaysia, namun menegaskan penyerahan semula kawasan ruang udara itu perlu dilakukan dengan teliti, dan tidak boleh secara terburu-buru", kata PM Singapura.
Kredit malaynomics academiy
Ulasan
Catat Ulasan