POLIS mengesan lelaki bertindak memarahi pemandu kereta akibat perselisihan faham



MyMetroMutakhir
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my




POLIS mengesan lelaki bertindak memarahi pemandu kereta akibat perselisihan faham ketika menukar lorong di Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Terdahulu, video kejadian buli jalan raya yang berlaku pada 4.40 petang itu tular di laman sosial Facebook.

Berdasarkan video dirakam mangsa, suspek memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya lalu menghampiri kereta mangsa dan mengarahkannya keluar.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa lelaki berusia 29 tahun.


"Berdasarkan laporan, suspek yang memandu dari arah belakang secara tiba-tiba menghimpit dan memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta pengadu hingga menyebabkannya membunyikan hon berkali-kali.

"Suspek kemudian keluar dari kenderaannya lalu menghampiri kereta pengadu dan mengarahkannya keluar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat dan menjejaskan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 6:23 PM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser