Polis cari pemandu Volvo memandu di lorong motosikal
Polis cari pemandu Volvo memandu di lorong motosikal
POLIS sedang mengesan pemandu kenderaan yang memasuki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya sehingga membahayakan penunggang motosikal tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Menurutnya, pihaknya akan membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita akan mengambil tindakan lanjut berkaitan kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Terdahulu, tular video di media sosial kejadian sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki tiba-tiba memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan.
Penunggang motosikal kemudiannya dilihat memintas kenderaan terbabit sebelum memintanya keluar semula dari laluan itu.
Artikel ini disiarkan pada: Rabu, 24 Jun 2020 @ 10:39 AM
#HarianMetro
Mungkin nipun kes mabuk atau sewel,ppolis mesti check alcohol dgn breatheliser checking alcohol content in blood ,dan saman traffic kerana memandu wrong lane dan charge seterusnya bahayakan orangramai.Hukuman berat mesti dijatuhkan tanpa compromise.
BalasPadam