DBKL | Kotor! Premis Proses Mee Diarah Tutup
PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG MEMPROSES MEE
DBKL melalui Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 24 Jun 2020 (Rabu) telah nenjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas premis YAMARICO TEA beralamat di No 15, Jalan Segambut Selatan , Segambut 51200 KL.
Kekuatan anggota seramai 5 orang dalam pemeriksaan telah mendapati :
Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan berserta urungan najisnya (Tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual);
Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan kotor serta berdaki hitam;
Tandas kotor dan berbau;
3 Pengendali makanan bukan warganegara
-tidak mempunyai suntikan tifoid,
-tidak memakai penutup kepala & apron semasa mengendalikan makanan,;
Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang; dan
Lokasi dan keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.
Tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dilaksanakan.
Sebarang aduan berkaitan kebersihan boleh diajukan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.
#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome
Ulasan
Catat Ulasan