DBKL Sita Premis perniagaan cuci kereta warga asing

TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN

DBKL meneruskan lagi tindakan terhadap warga asing pada hari ini (Isnin - 29 Jun 2020) yang  menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan Parlimen Wangsa Maju.
Tindakan sita dan penutupan premis 'car wash' yang terletak di Kampung Bandar Dalam, Gombak telah dilaksanakan pada hari ini. Premis ini dikendalikan oleh 3 warga asing (Myanmar) memegang kad UNHCR. 
Dengan kekuatan seramai 5 anggota, tindakan ini dilaksanakan di bawah Sek.101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran, boleh hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.
#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome

Ulasan

  1. 👍 👍 👍 jangan bagi muka sangat dengan PATI. Syabas DBKL.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser