COVID-19: Satu kluster dikesan di Labu Lanjut, mungkin berkaitan aktiviti kunjung-mengunjung

COVID-19: Satu kluster dikesan di Labu Lanjut, mungkin berkaitan aktiviti kunjung-mengunjung

PUTRAJAYA: Satu kluster COVID-19 dikesan di Labu Lanjut, Sepang, yang telah menjangkiti lima individu, setakat ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penularan dikenali sebagai Kluster Lanjut itu disyaki berkaitan aktiviti kunjung-mengunjung.

Beliau berkata, kes indeks bagi kluster itu ialah seorang pesakit Acute Respiratory Infection (ARI) yang dirawat di Hospital Serdang sebelum disahkan positif virus berkenaan pada 5 Jun lalu.

"Aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati empat ahli keluarga beliau, iaitu dua anak dan dua cucunya, turut dijangkiti COVID-19.

"Tiga ahli keluarga itu tinggal serumah dengan kes indeks, manakala seorang lagi menetap di kediaman lain.

"Siasatan dan saringan kontak rapat sudah dijalankan. Setakat ini, 29 individu telah dikenal pasti dan disaring di mana 25 adalah negatif.

"Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun penularannya disyaki mungkin berkaitan aktiviti kunjung-mengunjung," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Hingga kini, Dr Noor Hisham memaklumkan, ada 13 kluster masih aktif di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, hanya dua kluster mencatat pertambahan kes baharu, iaitu masing-masing satu kes bagi Kluster Lanjut dan Kluster Warga Emas di Kuala Selangor.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser