Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja

Lapan warga asing ditahan guna Mykad palsu hadiri temu duga kerja


KLANG: Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, semua suspek termasuk ejen mereka kelihatan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan pihak keselamatan kilang berkenaan. “Polis bantuan di kilang itu mendapati Mykad mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita itu mencurigakan sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan.

"Berikutan itu, semua suspek serta ejen mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Meru untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada Khamis. Beliau berkata, siasatan mendapati semua suspek sudah berada di Malaysia hampir dua tahun dan memperoleh Mykad itu daripad individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lalu.

Katanya, semua mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 25(1)(E) Akta Pendaftaran Negara 1959.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan