22/6 Polis Marin Wilayah 5 rampas kapal menyimpan minyak diesel

22/6 Polis Marin Wilayah 5 rampas kapal menyimpan minyak diesel

SIBU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu berjaya merampas sebuah kapal dengan muatan minyak diesel lebih kurang 50,000 liter di perairan Paradom Sungai Batang Rajang, pagi semalam (Ahad).

Menurut Komander PPMW5 Sarawak, Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim, seorang lelaki warga tempatan yang berusia 61 tahun turut ditahan dalam operasi jam 5 pagi kelmarin kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, suspek gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen yang sah berkaitan pemilikan dan kebenaran untuk menyimpan minyak tersebut.

"Kesemua minyak diesel tersebut dirampas termasuk sebuah kapal minyak dan peralatan bagi kerja-kerja mengepam minyak dengan jumlah keseluruhan anggaran nilai rampasan RM189,700 untuk dijadikan sebagai barang kes," jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu untuk tindakan lanjut

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing