Tahu tak sebenarnya ubat nyamuk Fumakilla/SushiKing tu pengasasnya adalah orang Jepun di Malaysia?

Tahu tak sebenarnya ubat nyamuk Fumakilla/SushiKing  tu pengasasnya adalah orang Jepun di Malaysia?
Tan Sri Fumihiko Konishi, warga Jepun yang berasal dari wilayah Ishikawa merupakan pengasas kepada ubat nyamuk jenama Fumakilla dan juga kedai makan sushi popular, Sushi King.
Mempunyai kelulusan dalam bidang farmasi, beliau adalah bekas pelajar Tokyo University of Pharmachy and Life Sciences dan major dalam bidang Kimia yang kemudiannya memberikan beliau kelebihan dalam bidang tersebut.
Kali pertama datang ke Malaysia pada tahun 1968 melalui tajaan sepenuhnya bersama kerajaan Jepun, beliau terus jatuh cinta dengan keindahan landskap Malaysia. Beliau tahu, beliau pasti akan kembali semula ke Malaysia selepas itu.

Konishi yang pada masa itu melihat nyamuk dan penyakit bawaan nyamuk adalah satu ancaman di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk mengimport ubat nyamuk dari Jepun dan memasarkannya ke Malaysia di bawah jenama Fumakilla.

He just did the thing at the right place, at the right time.

Permintaan di luar jangkaan. Jenama Fumakilla terus maju dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. 

Beliau terus berusaha keras dan kini merupakan Direktor untuk syarikat Fumakilla Malaysia Bhd dan Texchem-Pack (M) Bhd dan juga Chairman kepada syarikat Texchem Resources Bhd.

.
#CatatanZunitaDiJepun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser