Boleh keluarkan PAS SEMENTARA sendiri bagi warga pelarian bekerja di Pasar Borong Selayang? Siapa beri kuasa?
Boleh keluarkan PAS SEMENTARA sendiri bagi warga pelarian bekerja di Pasar Borong Selayang?
Mungkin ada individu Dan syarikat yang merasakan mereka boleh membentuk Kerajaan dan undang² Mereka tersendiri.
Sering kita dengar sesuatu perniagaan itu dikawal Dan dimonopoli oleh Kumpulan kongsi gelap,di Pasar Borong Selayang ianya adalah sesuatu yang amat nyata.
Syarikat ini memberi perkhidmatan menolak troli menggunakan tong ikan pada kadar Rm40.00 ,bagi ini mereka menggunakan warga asing, terutamanya pelarian.
Katakan 1000 pembeli barangan secara borong melanggan Di Pasar Borong Selayang dan mereka 'mesti' menggunakan perkhidmatan ,berapakah perolehan seharian syarikat ini?
Begitu menguntungkan Pasar Borong Di Malaysia sehingga ujudnya sindiket² yang mengawal Dan monopoli semua aspek ekonomi disini.
Kenapakah setiap pembeli borong ini, tidak boleh menggunakan pekerja sendiri dan kurangkan kebergantungan kepada warga asing ?
Ulasan
Catat Ulasan