Telefon bimbit pula dirembat Monyet
Telefon bimbit pula dirembat Monyet
ANGGOTA bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil untuk mendapatkan semula telefon bimbit seorang lelaki yang dilarikan monyet ke atas pokok di kawasan rekreasi Grand Old Lady, Miri semalam.
Kejadian pada 6 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 48 tahun itu sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan sebelum seekor monyet melarikan telefon bimbitnya ke atas pokok.
Jurucakap Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat Miri berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.55 petang,. dan lima anggota dihantar untuk menjalankan khidmat khas menangkap monyet berkenaan.
"Sejurus tiba didapati terdapat telefon bimbit yang tersangkut di celah pokok, tetapi monyet terbabit sudah melarikan diri.
"Pasukan bomba kemudiannya menggunakan tangga jentera bagi mendapatkan semula telefon bimbit itu, dan diserahkan kepada pemiliknya," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti riadah di Grand Old Lady supaya sentiasa berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit.
"Sentiasa jaga barang berharga kerana banyak monyet berkeliaran di kawasan itu," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan