PATI INDON PULA GUNA TAKTIK BOCORKAN BOT

Pati sengaja bocorkan bot?

LIMA pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia terselamat daripada mati lemas berhampiran perairan Hutan Melintang, Perak, hari ini, selepas bot dinaiki tenggelam dipercayai dibocorkan untuk mengelak diusir ke negara asal.

Dalam kejadian 9.05 pagi itu, kehadiran bot nelayan asing terbabit dikesan bot Petir 80 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berhampiran perairan Hutan Melintang yang dalam perjalanan ke Bagan Sungai Burung, Selangor.

National Task Force (NTF) Ops Benteng dalam kenyataan malam tadi berkata, maklumat mengenai bot nelayan asing itu kemudian dipanjangkan ke KM MALAWALI pada 9.20 pagi bagi tindakan pengusiran.

"Namun sementara menunggu KM MALAWALI, Petir 80 memaklumkan bahawa bot nelayan asing itu tenggelam akibat kebocoran berdasarkan maklumat awal.

"Kru Petir 80 bertindak menyelamatkan lima Pati itu dan siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kebocoran sama ada disengajakan atau tidak," kata kenyataan itu.

Katanya, Petir 80 kemudian membawa lima Pati itu ke Jeti Hutan Melintang sebelum diserahkan kepada Tim Keselamatan Maritim Perak.

Kenyataan itu berkata, lima Pati itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sitiawan untuk ujian saringan Covid-19 termasuk calitan tekak (swab test) jam 1 tengah hari dan seterusnya diletakkan di pusat transit sementara di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung sehingga keputusan ujian diperolehi.

"NTF menerusi Ops Benteng tetap komited memperkasa perbatasan daratan dan maritim negara daripada sebarang pencerobohan Pati bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Meskipun berdepan cabaran perairan negara yang luas, rakyat diseru untuk terus menjadi mata dan telinga NTF dengan menghubungi talian hotline NTF bagi melaporkan sebarang aktiviti berkaitan Pati," kata kenyataan itu.

#Keterangan #gambar:

#Pic 1: Lima pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia bersama bot yang tenggelam akibat kebocoran.

#Pic 2:Lima pendatang tanpa izin (Pati) warganegara Indonesia yang diselamatkan oleh Petir 80.

#HarianMetro✍️
Artikel ini disiarkan pada:
Khamis, 18 Jun 2020 @ 10:52 PM

Ulasan

  1. Baiki saja bot nya, dan di usir keluar, Senang2 nak dtg sini, kita nak tanggung mkn minum nya, byk lg rakyat M'sia yg kelaparan. Jgn jadi bak pepatah, kera du hutan disusu kan , anak di rumah mati kelaparan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser