DBKL SITA Premis Peniaga Warga Asing UNHCR Cheras Baru
DBKL SITA Premis Peniaga Warga Asing UNHCR Cheras Baru
DBKL hari ini (29 Jun 2020 - Isnin) mempergiatkan lagi tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.
Dengan kekuatan 7 anggota, tindakan telah dilaksanakan terhadap premis Tinted Kenderaan di Lot 11 Jalan 16, Kampung Cheras Baru.
Semakan dan pemantauan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen daripada DBKL dan dikendalikan oleh warga asing (BANGLADESH).
Petugas telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun di bawah kesalahan UUK 20(1)(b); Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL)2016 dan menutup premis serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.
Manakala siasatan kedua terhadap premis barangan runcit di No 13, Jalan 16, Kampung Cheras Baru mendapati premis tersebut mempunyai lesen daripada pihak DBKL. Walau bagaimanapun ianya dikendalikan oleh warga asing (PEMEGANG KAD UNHCR) yang dikatakan pekerja. Siasatan dan pemeriksaan susulan akan dilaksanakan terhadap premis ini bagi menentukan status pemilik lesen.
Petugas telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun di bawah kesalahan UUK 20(1)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL)2016.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai warga asing menjalankan aktiviti perniagaan/penjajaan, sila hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.
#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome
Ulasan
Catat Ulasan