Kerajaan bantu diskaun tambahan RM77 keatas bil elektrik melebihi 300kWj







▪️ Perdana Menteri luluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.


▪️ Ini bagi mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik yang dialami sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

▪️ Jumlah pengguna elektrik yang mendapat manfaat ialah seramai 7.66 juta.

▪️ Daripada jumlah tersebut, seramai 4 juta atau 52.2% pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah (penggunaan 300kWj ke bawah) akan nikmati elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

▪️ Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020. 

▪️Akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

~Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan