Bagaimana urusan membawa Rohingya masuk dan bayarannya?

Beberapa fakta tentang PATI Rohingya masuk ke Malaysia konon sebagai pelarian. 


Fakta 1 : Pelarian membayar RM15,000 kepada 'Dallal' selaku ejen yang menguruskan mereka masuk ke Malaysia.

Fakta 2 : Pendapatan minimum di Myanmar sebulan MMK74,300 (RM227).

Kalau sepasang suami isteri Rohingya ingin masuk ke Malaysia dia memerlukan RM30,000.
Ini bersamaan gaji mereka selama 11 tahun.

Apakah  mereka mampu membayar sebanyak itu?
Jawapannya tidak mampu sama sekali.

Jadi bagaimana urusan membawa mereka masuk dan bayarannya?

Setiap orang yang masuk ke Malaysia akan berhutang dengan "Tuan Thakur Ke-Daun" di Malaysia untuk membayar sehingga habis hutang bersama "Bunga" tersebut daripada hasil ekonomi atau gaji yang diperolehi.

Kerana mereka yakin apabila mereka dapat memasuki Malaysia, mereka akan dapat pendapatan yang baik untuk mengubah hidup mereka dan membayar balik hutang mereka.

Malaysia ialah lubuk bagi Rohingya.

Sebab itulah mereka enggan dipindahkan ke kem-kem pelarian sebaliknya berkeras untuk hidup bebas di bandar-bandar.

Dan boleh dikatakan yang datang ke Malaysia bukan sahaja yang lari daripada Myanmar tetapi yang lari daripada kem-kem pelarian di Bangladesh dan Indonesia.

Kenapa Malaysia jadi pilihan?

Kerana penguatkuasaan kita lemah di mana golongan pelarian Rohingya ini bebas bergerak dan membuat apa sahaja aktiviti tanpa rasa takut.

Siapa yang punya angkara?
1) Orang Rohingya di Malaysia 
(Tuan Thakur)

2) Orang tempatan yang jadi talibarut 
(Tuan Penasihat 15%)

3) Dallal di Myanmar, Bangladesh & Indonesia.
(Ulat...aka Transporter)

Apa yang bakal berlaku selepas ini?
Kemasukan pelarian Rohingya daripada Bangladesh secara besar-besaran ke Malaysia apabila kerajaan Bangladesh memaksa mereka berpindah ke Bhasan Char.

Apa cara nak kekang pelarian Rohingya daripada masuk (Preventive Action)?

1) Isolate pelarian Rohingya di Malaysia di mana-mana pulau. Ini akan memberi tekanan kepada pelarian tersebut dan mewujudkan "threat" atau ancaman kepada pelarian yang sudah ada dan yang baru.

2) Sekat dan tolak pelarian baru ke Malaysia. Ubah persepsi dan impian pelarian bahawa Malaysia bukan lagi lubuk bagi mereka tetapi Alcatraz bagi pendatang tanpa izin dan pelarian.


CNP Wan Amir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser