Penyeludup memeras ugut keluarga Rohingya ekoran kegagalan memasuki Malaysia.
Penyeludup memeras ugut keluarga Rohingya ekoran kegagalan memasuki Malaysia.
DHAKA: Pelarian Rohingya gagal memasuki Malaysia dengan bot dari Bangladesh kini menjadi tahanan penyeludup manusia yang memeras keluarga membayar wang tebusan bagi menjamin keselamatan mereka.
Berpuluh pelarian Rohingya yang tinggal di kem di Bangladesh berkata mereka menerima panggilan telefon daripada penyeludup menuntut wang tebusan untuk mengelakkan anggota keluarga diseksa, dirogol dan dibunuh.
Lebih sejuta bangsa etnik Rohingya kini menjadi pelarian di Bangladesh selepas meninggalkan Myanmar selepas tindakan ketenteraan pada 2017.
Kebanyakan mereka takut untuk kembali ke Myanmar tetapi kecewa tinggal di dalam kem, menyebabkan mereka termakan umpan penyeludup yang berjanji membawa mereka ke Malaysia menaiki bot.
Dalam kejadian terbaru 8 Jun lalu, pihak berkuasa Malaysia memintas dan memeriksa bot membawa lebih 216 selain satu mayat wanita etnik Rohingya dan mendapati bot itu mengalami kerosakan teruk serta tidak dapat dibaiki.
Meskipun berdepan pelbagai masalah penyeludupan, ramai sanggup menceroboh masuk sempadan secara haram dan aktivis menyatakan, sebahagian besar etnik bangsa Rohingya menjadi mangsa keganasan dan penipuan. -
Ulasan
Catat Ulasan