((Video)) Bot Nelayan Vietnam lintang pukang dihambat Maritim Malaysia-Tembakan amaran dilepaskan
((Video)) Bot Nelayan Vietnam lintang pukang dihambat Maritim Malaysia-Tembakan amaran dilepaskan
𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔, 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 - Sekitar jam 2:00 petang 16 Jun 2020, ketika kapal peronda luar persisir Maritim Malaysia (KM Langkawi) melakukan pengawasan di persempadanan perairan negara di Laut China Selatan. KM Langkawi berjaya mengesan kehadiran sekumpulan bot nelayan asing dari Vietnam cuba memasuki sempadan perairan Malaysia sekitar 4 batu nautika daripada titik garis sempadan Zon Ekonomi Eksklusif negara.
Bertindak segera KM Langkawi terus menukar haluan untuk melakukan tinjauan. Sementara itu, aset udara Bombardier CL415 juga dalam misi rondaan sekitar Laut China Selatan turut dikoordinasikan ke kawasan sekitar 138.3 batu nautika dari Kuala Terengganu untuk tinjauan udara.
Menyedari aset laut dan udara Maritim Malaysia tiba, kumpulan penceroboh berpatah balik ke perairan asal dan satu daripadanya dikejar untuk dihentikan sehingga kru KM Langkawi terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara kerana degil.
Bot nelayan tersebut akhirnya akur dan berhenti untuk diperiksa seterusnya muncul Kapal Perikanan Vietnam (KN 261) bertindak biadap memasuki 4.5 batu nautika dari titik sempadan ZEE Malaysia serta mengganggu tugas dan cuba berunding agar bot nelayan mereka dilepaskan. Akhirnya, kedua-dua bot dari negara Vietnam itu akur dan keluar dari perairan negara dengan amaran keras.
Malaysia ketika ini masih lagi berpegang kepada dasar pengusiran terhadap penceroboh sama ada bot membawa migran / PATI mahupun nelayan asing di mana mereka berisiko tinggi mendatangkan kluster baharu Covid-19 seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) seperti di pautan ini >> https://www.sinarharian.com.my/article/78725/KHAS/Koronavirus/Penceroboh-perairan-negara-akan-diusir-Ismail-Sabri
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#NationalTaskForce
#OP_BENTENG
#MaritimeNation
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita
Ulasan
Catat Ulasan