Guna 'pocong' jaga kebun durian
Guna 'pocong' jaga kebun durian
SEGAMAT: Pemilik kebun durian di Kampung Tengah di sini, menggunakan unsur menyeramkan dengan meletakkan replika 'pocong' bagi mengatasi kehilangan hasil tanaman di dusun duriannya.
Pemilik kebun durian, Rosman Budiman, 61, berkata, dia membeli dua meter kain putih tiga minggu lalu untuk dijadikan replika pocong yang diletakkan di dusunnya untuk menakut-nakutkan pencuri.
"Dua pocong dewasa dibentuk daripada kotak kertas setinggi 1.5 meter dan seberat 450 gram dibalut kain putih itu, berjaya mengurangkan kehilangan buahan itu membabitkan 10 pokok duriannya musim ini.
"Idea itu timbul setelah saya pernah melalui peristiwa 'misteri' disapa suara garau tahun lalu yang memanggil namanya namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia juga makhluk Allah.
"Sebelum ini, jika lambat memungut buah, pencuri berkenaan akan melarikannya," katanya.
Rosman berkata, keadaan fizikal pocong yang diletakkan di semak-samun dan pondok kosong sekitar dusun itu, berjaya menakut-nakutkan penceroboh terutama pada waktu malam.
"Saya turut membakar gaharu untuk menimbulkan aroma menyeramkan menjelang senja sebelum pulang ke kediamannya.
"Ada kalanya saya sendiri turut seram sejuk terkesan imbasan pocong dan bauan gaharu jika datang berseorangan untuk mengutip durian.
"Kos penyediaan replika pocong itu termasuk gaharu dan kertas pelekat hanya RM8," katanya.
Rosman berkata, pada musim durian sebelum ini, beliau meletakkan patung harimau untuk menakut-nakutkan pencuri durian bukan sahaja tetapi ia tidak berkesan, malah mengalami kerugian.
"Dua patung harimau yang setiap satu berharga RM350 itu turut dilarikan pencuri," katanya.
"Saya hanya mendedahkan hal ini kerana musim durian di kebun sudah berakhir beberapa hari lalu," katanya.
Sumber
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/701519/guna-pocong-jaga-kebun-durian
Ulasan
Catat Ulasan