24-6:Lokasi Wangsa Maju DBKL Jalankan operasi SITA Perniagaan Runcit Warga Asing

TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN / PENJAJAAN
DBKL meneruskan lagi tindakan seumpama ini pada 24 Jun 2020 (Rabu) ke atas warga asing yang menjalankan kegiatan perniagaan.
Dengan kekuatan seramai 19 anggota, 2 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan disekitar Parlimen Wangsa Maju hari ini.
Tindakan pertama adalah ke atas premis Gerai Makan (Masakan Panas) di Jalan Prima Setapak , Wangsa Maju. 

Pemantauan dan pemeriksaan oleh DBKL mendapati kedai tersebut dijalankan oleh bukan warga negara (Indonesia). Kedai tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.
Sehubungan dengan itu tindakan menutup serta merta (sealed) dan sitaan di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dilaksanakan.

Tindakan kedua adalah ke atas Gerai Makan Nasi Berlauk juga di Jalan Prima Setapak, Wangsa Maju.

Ini adalah hasil pemantauan oleh DBKL dan mendapati kedai dijalankan oleh bukan warga negara (Indonesia). Kedai juga tidak mempunyai lesen yang sah dari DBKL. 

Gerai tersebut telah diambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sita di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Jika anda mempunyai maklumat perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran bolehlah hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing