OPERASI SITAAN DAN PENUTUPAN PREMIS RUMAH DIJADIKAN MEMPROSES AYAM

OPERASI SITAAN DAN PENUTUPAN PREMIS MEMPROSES AYAM 

Operasi berkenaan yang dilaksanakan oleh Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Penguatkuasaan DBKL pada 23 Jun 2020 (Selasa) di sebuah rumah kediaman, No. 17, Jln 17A, Kg. Cheras Baru, KL

Sejumlah 11 anggota terlibat dalam operasi ini.
 
Hasil siasatan dan pemeriksaan DBKL mendapati :

Menyalahguna pakai premis kediaman sebagai tempat menyimpan dan memproses ayam segar;
Pekerja warga asing 2 org warga Indonesia;
Anggaran belaan ayam berjumlah lebih kurang 60 ekor;
Tiada Lesen Perniagaan dari DBKL;
Beroperasi tanpa mngikut SOP Pusat penyembelihan ayam oleh PBT;
Mengalirkan darah/efluen terus ke longkang awam; dan
Lokasi yang tidak sesuai kerana berada di zon kediaman.
Sehubungan dengan itu, notis tutup premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 -
Seksyen 101(1)(v) berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dikeluarkan.
Sebarang aduan berhubung kebersihan boleh disalurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

#SayangiKualaLumpur
#welovekualalumpur
#kualalumpurkitapunya
#klwbc2020
#wilayahcakna
#stayathome

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing