LAPORAN COVID-19 22-6-2020

LAPORAN COVID-19 22-6-2020


Kes baharu = 15
a) melibatkan kes import= 2 (Warganegara)
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐜𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟐  𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎
Kes baharu= 15

a) melibatkan kes import= 2 kes Warganegara

i) 1 kes import balik dari Turnisia (Selangor)
ii) 1 kes import dari Singapura (Johor)


b) melibatkan kes penularan tempatan= 13
i) kes warganegara= 0
ii) kes bukan warganegara= 13

PERINCIAN KES PENULARAN TEMPATAN (13 KES)
SELANGOR – 1 KES:
1 Kes saringan pra-pembedahan di Hospital Selayang (Warganegara India)
NEGERI SEMBILAN – 12 KES
12 Kes dari Kluster Pedas

Kluster Pedas 

Kes-kes positif Kluster Pedas ini melibatkan 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 302 kes bukan warganegara iaitu:

• 163 kes warga Nepal;
• 67 kes warga Bangladesh;
• 35 kes warga Myanmar;
• 31 kes warga Indonesia;
• 4 kes warga India;
• 1 kes warga Vietnam; dan
• 1 kes warga Kemboja.

Mengimbas kembali, kluster ini telah bermula di kalangan pekerja warganegara Malaysia dan kemudiannya berjangkit serta menular di kalangan pekerja bukan warganegara. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, situasi tempat kediaman yang sesak dan sempit bagi golongan bukan warganegara sememangnya merupakan faktor utama penularan di kalangan mereka. 

Susulan itu, pekerja yang terlibat dalam kluster ini telahpun diasingkan di pusat kuarantin. Mereka adalah terasing daripada masyarakat dan tidak memberi risiko kepada umum.

Ingin dimaklumkan bahawa kes-kes positif baharu kluster ini (12 kes) telah dikesan hasil daripada saringan COVID-19 yang kelima dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

-Kenyataan Akhbar KPK Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser