Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Rumah Bagai Dilanda Garuda, PKP-4 Bikin Lebih Ibu Cekal Jaga Anak Autisme

Imej
Rumah Bagai Dilanda Garuda, PKP-4 Bikin Lebih Ibu Cekal Jaga Anak Autisme Bagi ibu bapa yang berkerjaya, kerja dari rumah ataupun work from home sememangnya satu perkara yang sangat mencabar ketika ini. Lebih-lebih lagi, penjaga yang mempunyai anak-anak kecil dan perlu diberikan perhatian agar tidak mendatangkan gangguan sewaktu bekerja. Lain pula kisahnya terhadap ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa seperti autisme. Golongan ini perlu lebih diberikan perhatian dan layanan terhadap mereka sudah tentunya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Seorang ibu kepada anak syurga ini, meluahkan isi hatinya mengenai situasi yang dihadapi sewaktu PKP dan work from home dilaksanakan. Dirinya teruji setiap kali anak autisme ini berada dalam keadaan yang tidak terkawal. Diruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata semangat buat ibu berkenaan untuk terus kuat dan diberikan ketanahan untuk menjaga anak syurga berkenaan. Semoga

Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar jadi Rider

Imej
Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muszaphar Redah Hujan Demi Hantar Pesanan Pelanggan Memang banyak pihak yang berjuang di basisan hadapan di saat negara dilanda wabak pada ketika ini. Bermula dari para doktor, jururawat, polis dan askar sehinggalah mereka yang gigih melakukan penghantaran makanan kepada kita semua. Kalau korang perasan, baru-baru ini Angkasawan Negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor ada berkongsi gambar menunjukkan dia juga tidak ketinggalan melakukan penghantaran makanan menggunakan motosikal bagi restoran miliknya bersama Chef Ismail iaitu Restoran Rebung. Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah. Hujan tetap redah. Walaupun dirinya basah agar customer dapat menjamah. Itulah pengorbanan pasrah untuk mencari rezeki sah, bukannya mudah tak kira penat lelah. Tak peduli hujan rebas. Tapi itulah hakikat. - Tulisnya di Facebook miliknya. Senyum dan lembut je percakapan Dr. Sheikh Muszaphar ni. Hujan pun redah ya. Memang itulah pengorbanan yang terpaksa

Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak Sakit Ke Hospital

Imej
Faham Manusia Boleh Rawat, Ibu Kucing Bawa Anak Sakit Ke Hospital Kakitangan sebuah hospital di Istanbul, Turki tidak menyangka kehadiran seekor ibu kucing membawa anaknya yang sakit masuk ke dalam bilik kecemasan. Anak kucing itu kelihatan dalam keadaan lemah sambil dibawa ibunya dengan menggunakan mulut sebelum didatangi beberapa kakitangan hospital untuk memberikan bantuan perubatan. Ketika diperiksa, ibu kucing itu tidak meninggalkan doktor dan jururawat berkenaan sebaliknya duduk dan fokus ‘mendengar’ serta memerhati dengan harapan anaknya kembali sembuh. Sementara dijaga, ibu dan anak kucing berkenaan diberi susu dan makanan sebelum dibawa oleh kakitangan hospital ke klinik haiwan bagi mendapat rawatan selanjutnya. Kisah penuh kasih sayang itu dikongsi seorang petugas hospital, Merve Ozcan di laman Twitter miliknya sehingga meraih lebih 80,000 tanda suka dan 3,700 perkongsian sebelum menjadi tular di media sosial pelbagai negara. Rata-rata warg

Jiran Lari Tinggalkan Anjing Buta, Pemuda Melayu Tolong Kasi Makan Minum

Imej
Jiran Lari Tinggalkan Anjing Buta, Pemuda Melayu Tolong Kasi Makan Minum Tidak semua pemilik haiwan mempunyai rasa ihsan terhadap haiwan peliharaan mereka. Banyak kes yang berlaku mendapati, sebilangan pemilik haiwan peliharaan bakal meninggalkan dan membuang haiwan jagaan mereka apabila haiwan mereka sakit. Bukan sekadar kos yang mahal bahkan kebanyakan pemilik haiwan ini tidak lagi mampu menjaga dan bertanggungjawab untuk merawat haiwan tersebut. Disebabkan terlalu leceh, kebanyakan mereka membuat keputusan untuk membuang sahaja haiwan peliharaan mereka. Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan kisah dimana seekor anjing buta telah ditinggalkan sendirinya oleh tuannya. Tuan anjing tersebut dikhabarkan telah lari meninggalkan rumah sewanya tanpa membawa anjing berkenaan. . Lebih menyayat hati, anjing itu sering kali jatuh masuk ke longkang kerana hilang penglihatan tambahan pula sudah tiada siapa yang menjaganya. Anjing tersebut juga d

Lengkap Bersut PPE, Doktor Redah Bukit Bukau Nak Rawat Budak Sakit

Imej
Lengkap Bersut PPE, Doktor Redah Bukit Bukau Nak Rawat Budak Sakit Para petugas kesihatan kini merupakan wira dimata penduduk dunia. Sanggup mengambil risiko dan membahaya nyawa sendiri adalah salah satu perkara yang membuatkan ramai salute dengan pekerjaan mereka terutamanya menghadapi situasi-situasi genting seperti atasi wabak pandemik. Manakala di Thailand pula, seorang doktor mendapat penghargaan ramai apabila dia sanggup meredah gunung ganang dan juga menyebarangi sebatang sungai untuk merawat pesakit ciliknya. Nama Dr. Soi bertugas di Klinik Kesihatan luar bandar di wilayah Nan, Thailand kini menjadi sebutan rakyat di negara tersebut. Seorang kanak-kanak telah dilaporkan sakit dan disebabkan dalam keadaan berkuarantin mereka sekeluarga tidak dapat bergerak dengan bebas. Oleh itu, Dr. Soi memutuskan bahawa dia akan berkunjung ke rumah anak kecil untuk memerikasa tahap kesihatannya. Cukup lengkap dengan memakai PPE, dia kemudiannya p

'Mereka Terawih Diketuai Imam Pesakit Tabligh' – Jururawat Sayu Bila Wad Mula Lengang

Imej
'Mereka Terawih Diketuai Imam Pesakit Tabligh' – Jururawat Sayu Bila Wad Mula Lengang Sehingga ke hari ini, wabak Covid-19 yang melanda negara kita dilihat ke arah positif apabila jumlah kes semakin menurun setiap hari. Ini menjadikan keseluruhan kes yang sedang dirawat semakin berkurang. Di Facebook, seorang jururawat luah rasa hiba apabila wad mula lengang selepas ramai pesakit sudah mula sembuh. Menurutnya, dia rindukan suasana wad yang sering didengari bacaan ayat Al-quran dan laungan azan. Sebaknya.. Mereka muliakan agama Bye bye memori covid 19, 16 march 2020 – 29 april 2020 Ward teratai 2c Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sayuuu bila tengok ward kami dah lengang tiada patient pesakit covid19. Dah takde dengar suara laungan azan, ayat suci al quran dan solat berjemaah. Ward lain masih ada cuma beberapa ward sahaja ditutup disebabkan kes di pahang semakin menurun. Terkesan di hati rindu saat ade mereka yang muliakan agama mu -YA ALLAH walaupun di uji di a

COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham

Imej
COVID-19: KKM kesan satu mutasi lebih ganas, jangkiti 120 individu - Dr Noor Hisham PUTRAJAYA 29 April 2020 Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap COVID-19 mendapati terdapat satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15. “Jadi, mungkin kes ke-26 ini menjangkiti (pesakit) kerana mutasi tersebut. Jadi, mutasi baharu lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan indvidu-individu terlibat, itu yang pasti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu. A  Mengulas lanjut, beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah pun melakukan pengasingan virus dan kultur tersebut. Namun, katanya tumpuan perlu dilakukan untuk mengkaji sama ada terdapat strain yang berbeza. “Setakat ini yang kita pasti ial

Gambar aksi sekitar PKPD KL Utara

Imej
Gambar aksi sekitar PKPD KL Utara Walaupun dikawal ketat oleh tentera, warga asing masih lagi gigih keluar dari kepungan.

VIDEO] Sayu Hati! 5 Beranak Duduk Bilik Sempit Putus Punca Pendapatan Sejak PKP

Imej
[VIDEO] Sayu Hati! 5 Beranak Duduk Bilik Sempit Putus Punca Pendapatan Sejak PKP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan mana-mana individu keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Oleh sebab itu, satu keluarga yang bergantung sumber pendapatan berdasarkan hasil jualan di kaki lima serta busking mengalami masalah kewangan. Disebabkan PKP mereka tidak lagi mampu mencari rezeki dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Pengguna Facebook Nor Akmar Qaseh berkongsi video yang menunjukkan tempat tinggal mereka sekeluarga yang sangat sempit dan kurang selesa. Tambah lagi, mereka mempunyai anak OKU yang perlu dijaga rapi. Bismillah. Keluarga ni kalau bukan sebab PKP mereka akan berada di depan SOGO. Kakak ni bersama anak OKU akan duduk di satu tempat menjual permainan mana kala suami akak ini dan kedua anak lelaki yg ada akan busking di situ juga. Dulu kalau aku lalu aku selalu berungut kat dalam hati “kenapa la akak ni bawa anak dia duk kat sini

Jabatan Netizen berjaya bongkar Long Tiger

Imej
Jabatan Netizen berjaya bongkar Long Tiger  Isu seorang bergelar Long Tiger aka Ayahnda Long Tiger akhirnya berjaya diberjaya dibongkar. Hasil kecekapan Jabatan Netizen, berikut disertakan butiran Long Tiger yang sebenar Long Tiger memiliki rekod jenayah juga. 3 KES ROGOL !!! (LONG TIGER) Bukan sekali tapi mengikut laporan dari sumber si Longhingya ni ada 3 kes Rogol sebelum ini. KES PERTAMA DI KLUANG - Mangsa Rogol pelajar tingkatan 6 dan kes ini Longhingya dihukum 5 tahun penjara dan 3 sebatan. KES KEDUA DI KLUANG - Mangsa Rogol tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu malukan keluarga. KES KETIGA DI MUAR - Kes Rogol 26/9/2019 yang dilaporkan masih dalam siasatan pihak Polis.  Selain dari kes Rogol si Longhingya ni juga pernah dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menipu. Pendek kata inilah contoh apabila warga asing yang diberi ehsan rakyat Malaysia menjadi besar kepala dan akhirnya

Timbalan Menteri Kesihatan & EXCO Perak Didenda RM1000 Ingkar PKP

Imej
Timbalan Menteri Kesihatan & EXCO Perak Didenda RM1000 Ingkar PKP Baru-baru ini viral di media sosial beberapa keping gambar yang memaparkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi bersama EXCO Perak, Razman Zakaria menikmati jamuan pada satu majlis di Lenggong. Netizen beranggapan mereka juga perlu dihukum kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut laporan Berita Harian, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan undang-undang dan masing-masing didenda sebanyak RM1000. Saya mengambil kira tujuan perhimpunan itu iaitu membantu masyarakat setempat mengekang penularan wabak COVID-19. Bagaimanapun, perhimpunan sedemkian (jamuan makan) tidak dibenarkan mengikut Peraturan 6(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Ia boleh membawa kepada penularan COVID-19 dan mendedahkan kepada virus berbahaya itu secara langsung. Tambah Norhidayati, tertuduh boleh dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh bersama

Atas Bantuan Netizen, Lelaki Jalan Kaki Balik Kelantan Selamat Sampai Rumah

Imej
Atas Bantuan Netizen, Lelaki Jalan Kaki Balik Kelantan Selamat Sampai Rumah Semalam, viral di media sosial seorang lelaki nekad untuk jalan kaki pulang ke kampung halaman selepas hilang sumber pendapatan dan pekerjaan sebulan yang lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Noor itu dipercayai berjalan kaki dari Gerik ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kelantan yang memakan masa lebih kurang 4 hari. Namun begitu, ada pihak yang sudi menumpangkannya untuk pulang ke kampung halaman. Terbaru, Muhamad Noor memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat tiba di Kelantan. Tambahnya, dia akan menjalani ujian pemeriksaan kesihatan hari ini bagi memastikan dia berada dalam keadaan yang sihat. Alhamdulillah, jam 11 malam tadi selamat sampai rumah. Terima kasih pada yang mendoakan, memberi bantuan dan terutama sekali terima kasih kepada setiausaha sulit Dato PA Saudara Ahmad Nazree Ramli di atas sumbangan yang diberikan. Beliau banyak membantu perjalanan saya. Bersiap

Nafi Rumor Kematian, Kim Jong Un Hanya Menyorok Elak Dijangkiti COVID-19

Imej
Nafi Rumor Kematian, Kim Jong Un Hanya Menyorok Elak Dijangkiti COVID-19 Pada pertengahan bulan April lalu, penduduk dunia digemparkan dengan laporan berita mengenai kematian pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Spekulasi ini timbul setelah beliau dilihat tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan tanda tanya mengenai tahap kesihatannya. Pemimpin berkenaan dikatakan telah menjalani pembedahan jantung dan dikatakan meninggal dunia semasa menjalani procedur tersebut. Kini laporan terbaru mendapati dan memecahkan spekulasi kematiannya, Kim Jong Un dikatakan telah meninggalkan daerah Pyongyang dan sedang bersembunyi di Semenanjung Wonsan-Kalma minggu lalu di sebuah vila peribadi miliknya. Didakwa pergi ke daerah berkenaan kerana ingin menjauhkan diri dari orang ramai kerana takut dijangkiti wabak COVID-19 selepas pengawal peribadinya disyaki telah dijangkiti. Sebuah laporan lagi mengatakan bahawa, Kim Jong Un telah men

Sebulan Tak Kerja & Dihalau Majikan, Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan

Imej
Sebulan Tak Kerja & Dihalau Majikan, Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada di fasa ke-4, seorang lelaki nekad untuk jalan kaki pulang ke kampung halaman atas desakan hidup setelah sebulan tidak berkerja. Menurut Sara Anisa, suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung selepas dihalau dari rumah sewa milik majikannya. Suami aku buat kerja gila. Jalan kaki balik kampung. Sekarang on the way ke Gerik. Pening kepala fikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja. Tauke pun halau la dari rumah dia duduk tu, duit pun takde nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki balik rumah. Suaminya dikatakan dalam perjalanan ke Gerik dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa lebih kurang 4 hari. Faktor kewangan untuk teruskan hidup di KL juga mendorong suaminya untuk pulang ke kampung halaman. Menurut Matnoe Poksu Din, dia bertekad untuk berjalan kaki selepas tiada tiket ba