Rutin penjagaan motosikal paling asas yang perlu.
Rutin penjagaan motosikal paling asas yang perlu.
Rutin penjagaan motosikal paling asas yang perlu para penunggang tahu:

Rutin penjagaan motosikal: Tidak kiralah anda adalah pemilik motosikal kecil ataupun berkuasa besar, memastikan motor anda untuk sentiasa berada dalam keadaan baik sememangnya sangat penting. Motosikal adalah salah satu jenis pengangkutan yang popular di Malaysia namun kebanyakan penunggang masa kini menganggap motosikal tidak perlu diperiksa selagi tidak ianya tidak rosak. Sebenarnya fahaman sebegitu sangat tidak benar apatah lagi jika anda menggunakan motorsikal saban hari untuk berulang alik dari satu tempat ke tempat yang lain. Meskipun saiz motosikal yang kecil menampakkan ianya seperti lebih mudah diurus berbanding kenderaan lain namun seringkas mana pun kebanyakan motosikal, ada perkara yang kita sebagai penunggang motosikal perlu ambil tahu mengenai motosikal masing-masing apabila berbicara mengenai penyelenggaraannya. Tambahan pula, rutin pemeriksaan ini boleh kita lakukan sendiri saja tau!
Periksa sistem brek

Brek merupakan elemen paling penting bagi sesebuah kenderaan tidak kiralah jenis apa sekalipun. Hal ini kerana, tanpa sistem brek yang efektif penunggang berisiko besar untuk terlibat dengan kemalangan di jalan raya. Dengan kewujudan brek, anda boleh memberhentikan dan memperlahankan pergerakan motorsikal, mengawal motosikal anda ketika hendak membelok dan juga berhenti di mana – mana yang anda mahu. Terdapat dua bahagian brek yang penting iaitu disc brake dan drum brake. Bagi disc brake, perhatikan lekuk indikator pada pad brek. Pad yang masih elok mempunyai lekuk yang dalam manakala jika lekuk nampak tipis, nampaknya sudah tiba masa untuk anda menukarnya. Bagi drum brake pula, periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Kemudia, tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan dan sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baru.
Rutin penjagaan 2: Periksa minyak hitam

Buat penunggang motosikal yang baru, mimyak hitam perlu diperiksa sekurang – kurangnya seminggu sekal bagi membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin. Ini kerana ianya mempunyai banyak fungsi penting untuk menggerakkkan motor seperti menstabilkan suhu enjin, mengurangkan kehausan enjin dan juga melicinkan perjalanan. Minyak masih dalam keadaan baik jika warnanya Jernih dan keperangan namun jika ianya sudah kusam atau hitam,adalah perlu untuk menukar minyak baru. Bagi aras takat minyak pula, jika terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda mempunyai masalah gegelang piston atau injap. Penyelesaian terbaik adalah dengan membawa motosikal kesayangan anda dengan segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.
Rutin penjagaan 3: Periksa tayar

Selain sistem brek, tayar juga merupakan komponen terpenting lain yang terdapat pada sesebuah motosikal. Tayar yang berada dalam keadaan yang baik akan memastikan perjalanan yang lancar di atas jalan raya. Tahukah anda bahawa tayar motosikal akan cepat haus jika motorsikal ditunggang dalam keadaan tayar yang kurang angina, yang seterusnya akan menyebabkan motor hilang kawalan dnegan mudah terutama apabila melalui selekoh. Oleh itu, adalah penting untuk kita tahu bahawa perkara paling asas dalam aspek menjaga tayar adalah untuk memastikan ianya mempunyai tekanan yang cukup. Seperti juga brek, tayar perlu diperiksa tekanannya sekurang – kurangnya seminggu sekali, meskipun motosikal anda hanyalah diparkirkan di garaj di hadapan rumah. Jika malas untuk keluar ke stesen pam minyak berdekatan semata – mata untuk melakukan rutin simple ini, beli sahaja tolok tekanan angin yang mudah dibawa kemana – mana itu ya!
Rutin penjagaan 4: Periksa rantai motosikal

Motosikal tidak akan lancar bergerak jika terdapat masalah pada rantai, kerana secara teorinya rantai berfungsi untuk menghantar kuasa ke roda belakang bagi menggerakkan motosikal. Bukan itu sahaja, rantai motosikal yang tidak diselenggara juga mungkin akan mengundang kemalangan! Nampak rumit kan? Tetapi sebenarnya rutin penjagaan rantai tidaklah sesukar mana, hanya perlu periksa keadaan rantai berada dalam keadaan kemas dan minyakkan ia dengan minyak khas untuk rantai, bukan sembarangan minyak tau! Perlulah diingatkan untuk penunggang agar tidak menunggu sehingga rantai motosikal anda jadi terlalu longgar dan berbunyi baru hendak diperiksa kerana sebenarnya, jangka hayat rantai mampu dipanjangkan jika ia kerap diselenggara dan diminyakkan.
Ulasan
Catat Ulasan