COVID-19: Masjid Sri Petaling, Titiwangsa Diklasifikasi Zon Merah

COVID-19: Masjid Sri Petaling, Titiwangsa Diklasifikasi Zon Merah



Gambar: Bernama


Kawasan di sekitar Masjid Jamek Sri Petaling dan Parlimen Titiwangsa diklasifikasi sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Katanya kedua-dua kawasan itu terutamanya sekitar masjid berkenaan akan dipantau secara lebih intensif oleh pihak berkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mentakrifkan sesuatu kawasan yang mempunyai lebih 40 kes, diklasifikasi sebagai zon merah untuk diberi lebih perhatian.

“Kalau ikutkan Masjid Sri Petaling di bawah (Parlimen) Seputeh tapi ada juga yang mentafsirkannya sebagai kawasan Lembah Pantai. Namun saya akan jelaskan selepas mesyuarat dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara)

“Oleh kerana kawasan sekitar Masjid Jamek Sri Petaling merupakan kawasan tumpuan jemaah tabligh yang menjadi kawasan dengan banyak jangkitan, kesiapsiagaan perlu dipertingkat dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya menerusi video siaran langsung di Facebook, hari ini.

Annuar berkata sehingga jam 2 petang tadi, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 212 kes COVID-19 sementara Labuan dengan lima menjadikan jumlah kes di Wilayah Persekutuan 217.

Setakat Ahad, Lembah Pantai mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di Kuala Lumpur iaitu 90 manakala Titiwangsa pula 41 kes.

Bagi memastikan warga kota mematuhi jarakan sosial sepanjang tempoh PKP, anggota polis dan pihak tentera akan membantu pengendali pasar raya dan pasar harian untuk pemantauan selanjutnya.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menggunakan teknologi dron bagi memeriksa dan memantau kawasan pasar terbuka bagi memastikan mereka terus beroperasi mengikut peraturan,” katanya sambil menambah DBKL yang melakukan pemeriksaan dan pemantauan sekitar pasar borong dan pasar harian di ibu negara, semalam telah menyita 36 gerai di Pasar Selayang atas kesalahan mengingkari PKP.

Pada sesi siaran langsung selama 28 minit itu, Annuar turut memaklumkan terdapat dua kes penahanan berhubung kluster tabligh Masjid Sri Petaling yang belum menjalani saringan kesihatan, semalam.

“Mereka terpaksa dijemput oleh pihak polis untuk menjalani pemeriksaan dari Projek Perumahan Awam (PPR) Jelatek dan Presint 5 Putrajaya.

“Masih ada peserta ijtimak tabligh itu yang belum menjalani pemeriksaan. Langkah yang selamat adalah tampil untuk membuat saringan, kemudian ikuti langkah tambahan dengan kuarantin sukarela untuk pastikan diri, keluarga dan jiran dalam keadaan selamat,” katanya.

Masjid Sri Petaling yang menjadi venue ijtimak tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19.



Sumber: BERNAMA

Gelandangan Ditempatkan Di Pusat Khusus Sepanjang PKP - Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata mereka akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70…

Mac 24, 2020

Dalam "Kesihatan"

Kisah Jemaah Tabligh Masjid Sri Petaling Dikuarantin COVID-19

LABUAN, 18 Mac -- Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini adalah seperti tahun-tahun sebelum ini, dengan dalam dan luar masjid itu penuh sesak dengan ribuan jemaah tabligh dari dalam dan luar negara. Kesesakan lebih terasa terutamanya apabila ‘bayan’ (program ceramah) dimulakan dengan mereka duduk rapat-rapat. Begitu…

Mac 18, 2020

Dalam "Kesihatan"

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Jemaah Masjid Hadir Program Tabligh Di Sri Petaling

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah masjid yang menghadiri program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, di sini, pada 28 Feb lepas, diminta tampil menyalurkan maklumat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing