Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional 2020

Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional 2020

30 Mac 2020


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baharu sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebelum ini.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

Jumlah Bantuan PRIHATIN Nasional

Terdapat empat kategori penerima yang layak iaitu:

1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40).

2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40).

3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah.

4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas.


Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut:



a) Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40) dapat RM1,600. RM1,000 dibayar pada April, baki RM600 dibayar Mei.

b) Isirumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40) dapat RM1,000. RM500 dibayar pada April. Baki RM500 dibayar Mei.

c) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah dapat RM800. RM500 dibayar pada April, baki RM300 dibayar Mei.

d) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas dapat RM500. RM250 dibayar pada April. Baki RM250 dibayar Mei. 


Cara Memohon Bantuan Prihatin Nasional B40 & B40

Pendaftaran adalah secara automatik. Tidak perlu mengisi apa-apa borang permohonan. 

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

i) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan

ii) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

iii) Bagi mereka yang layak tetapi tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: http://www.hasil.gov.my

Bantuan sara Hidup (BSH): https://bsh.hasil.gov.my

Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my

Cara Bantuan Prihatin Nasional B40 & B40 Diagihkan

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40

*1)Ada maklumat akaun - bayaran dalah secara kredit ke akaun; atau

*2)Jika status bayaran adalah gagal kredit - bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

*3)Tiada akaun - bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40

**1)Bayaran akan dibuat melalui bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan.

**2)Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

**3)Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

**4) Manakala bagi permohonan baharu pula, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus apabila diluluskan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing