Putera Charles positif COVID-19 — Suara Merdeka

25 Mac 2020

Putera Charles positif COVID-19 — Suara Merdeka


PUTERA Charles, 71, anak sulung dan pewaris kepada Ratu Elizabeth II diuji positif COVID-19, menurut pejabatnya hari ini, Rabu (25 Mac).

“Putera Wales telah diuji positif coronavirus,” kata Clarence House dalam satu kenyataan hari ini.

“Beliau menunjukkan gejala ringan tetapi dalam keadaan baik dan bekerja seperti biasa dari rumah sepanjang beberapa hari lalu.

“Duchess of Cornwall (Camilla) juga telah diuji tetapi tidak mempunyai virus,” menurut Clarence House, lapor AFP.

Charles dan isterinya, Camilla, bersendirian di rumah di Scotland.

“Sukar untuk menentukan bagaimana putera itu dihinggapi virus berkenaan kerana banyak pergerakan yang dilakukannya dalam peranan awamnya dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” menurut kenyataan itu.

Pasangan itu diuji oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Aberdeenshire di timur laut Scotland, jelas kenyataan tersebut.

Ratu Elizabeth II, 93, dan suaminya, Putera Philip, 98, yang bersara berada di Windsor Castle, luar London pada 19 Mac.

Britain mempunyai lebih 8,000 kes disahkan COVID-19, dengan 422 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia. – SM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser