Setakat Ahad, Lembah Pantai mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di Kuala Lumpur iaitu 90 manakala Titiwangsa pula 41 kes.
Bagi memastikan warga kota mematuhi jarakan sosial sepanjang tempoh PKP, anggota polis dan pihak tentera akan membantu pengendali pasar raya dan pasar harian untuk pemantauan selanjutnya.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menggunakan teknologi dron bagi memeriksa dan memantau kawasan pasar terbuka bagi memastikan mereka terus beroperasi mengikut peraturan,” katanya sambil menambah DBKL yang melakukan pemeriksaan dan pemantauan sekitar pasar borong dan pasar harian di ibu negara, semalam telah menyita 36 gerai di Pasar Selayang atas kesalahan mengingkari PKP.
Pada sesi siaran langsung selama 28 minit itu, Annuar turut memaklumkan terdapat dua kes penahanan berhubung kluster tabligh Masjid Sri Petaling yang belum menjalani saringan kesihatan, semalam.
“Mereka terpaksa dijemput oleh pihak polis untuk menjalani pemeriksaan dari Projek Perumahan Awam (PPR) Jelatek dan Presint 5 Putrajaya.
“Masih ada peserta ijtimak tabligh itu yang belum menjalani pemeriksaan. Langkah yang selamat adalah tampil untuk membuat saringan, kemudian ikuti langkah tambahan dengan kuarantin sukarela untuk pastikan diri, keluarga dan jiran dalam keadaan selamat,” katanya.
Masjid Sri Petaling yang menjadi venue ijtimak tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19.
Ulasan
Catat Ulasan