Abang ‘loq laq’ pergi jamuan kepala kambing sudah kena tangkap

Abang ‘loq laq’ pergi jamuan kepala kambing sudah kena tangkap

20 Mac 2020

Susulan video yang tular memaparkan seorang lelaki seronok merakam suasana jamuan makan dengan hidangan kambing beramai-ramai, ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, mengundang padah.

Akhirnya, dimaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu telah berjaya di kesan dan kini pihak polis telah menahannya gara-gara mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan.

Lepas galak makan kambing, dah kena cekup

Kejadian yang berlaku Alor Setar, menyaksikan lelaki itu merakam video menggunakan telefon bimbitnya memaparkan suasana orang ramai sedang menjamu selera, dengan mempersendakan arahan kerajaan.

Lelaki itu kini ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser