Doktor cuba rawat sendiri COVID-19, meninggal dunia



29 mac 2020


TASHKENT: Seorang doktor di Uzbekistan yang dijangkiti COVID-19 disahkan meninggal dunia hari ini selepas cuba melakukan rawatan sendiri selepas merahsiakan perkara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lelaki berusia 39 tahun itu didakwa mempunyai kontak dengan seorang pesakit dijangkiti, yang disahkan sebagai ‘patient zero’.

Kenyataan itu turut mengesahkan doktor berkenaan dijangkiti coronavirus itu daripada pesakit berkenaan.

Doktor terbabit dimasukkan ke hospital pada 26 Mac lalu dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Mangsa juga dikenal pasti sebagai pesakit COVID-19 kedua yang meninggal dunia di Uzbekistan.

Setakat ini, Uzbekistan mengesahkan 104 kes positif COVID-19 dan langkah drastik diambil bagi mengawal penularan wabak termasuk melaksanakan perintah berkurung di semua wilayah dan melarang rakyatnya keluar rumah. - REUTERS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser