Perdana menteri popularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter!
Ramai tersenyum PM bantu Makcik
Kiah buat kiraan mudah.
ibu jual pisang goreng, suami pesara bawa
Grab, anak pinjam PTPTN!
TIADA golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada Jumaat petang.Kata-kata itu sekali gus memberi bayangan bahawa pelbagai peringkat masyarakat di negara ini akan
menerima manfaat dan bantuan kerajaan, khususnya dalam berhadapan wabak Covid-19 ketika ini.
PKP pelajar IPT terima RM200 seorang Mei ini Internet percuma hingga tamat PKP
Namun, pasti ada dalam kalangan kita yang kurang
jelas serta masih terkial-kial membuat perkiraan
mengenai jumlah dan bantuan kategori manakah yang selayaknya diterima.
Dalam hal itu, perdana menteri turut membuatpenjelasan mudah dengan menggunakan contoh
keluarga Makcik Kiah.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri
satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang
kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang
yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya
adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab."Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN.
Pendapatan isi rumah Makcik Kiah di bawah RM4,000
sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat
pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat."Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin
Nasional sebanyak RM1,600, baki BSH sebanyak
RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan
tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Makcik
Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM200
sebulan sehingga wabak berakhir.Nasib pemandu E-hailing turut mendapat perhatian
kerajaan."Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik
Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3,400."Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat
penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744,
penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama
6 bulan sebanyak RM1,800, penjimatan bayaran bil
elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120."Anak Makik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada
penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam
bulan sebanyak RM1200. Kalau Makcik Kiah ada buat
pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang
dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100
sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak
RM600. Kesel uruhan penjimatan ialah sebanyak
RM4,464"Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima
oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai
dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik
Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang
saya buat" jelas Perdana Menteri panjang lebar.
Ulasan
Catat Ulasan