Agong ajak rakyat patuh perintah kawalan pergerakan, sekat wabak Covid-19
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
Video Agong ajak rakyat patuh perintah kawalan pergerakan, sekat wabak Covid-19
20 Mac 2020
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga menasihati ibu-bapa pengantin supaya menangguhkan majlis kenduri sehingga keadaan wabak Covid-19 beransur pulih.
PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengajak rakyat supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19.
Sultan Abdullah juga menyarankan rakyat tidak keluar rumah jika tidak ada keperluan penting.
“Saya juga meminta batalkan hasrat untuk balik kampung.
“Jangan berkumpul atau menghadiri sebarang aktiviti sosial di luar rumah,” katanya dalam satu pengumuman berhubung Covid-19 yang disiarkan di Bernama.
Dalam pada Sultan Abdullah juga menasihati ibu bapa pengantin supaya menangguhkan majlis kenduri sehingga keadaan beransur pulih.
Beliau menasihatkan rakyat jangan panik kerana bekalan barang keperluan dijamin cukup oleh kerajaan.
“Rakyat juga jangan suka menyebar berita palsu.
“Paling penting jaga kebersihan diri, kerap basuh tangan, guna ‘hand sanitizer’ dan pakai topeng serta amalkan penjarakan sosial.
“Marilah kita bersama memainkan peranan membantu membendung wabak ini,” katanya.
Pada 16 Mac, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu bermula 18 Mac bagi menyekat penularan wabak tersebut.
130 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di seluruh negara mencecah angka 1,030.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 12 pesakit sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan 87 kes sembuh setakat kini.
Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani diminta tampil Pejabat Kesihatan Daerah Kulim meminta penumpang bas ekspress Jasmine yang bertolak dari Seremban ke Sungai Petani pada 16 Mac lalu untuk menghubungi pejabat itu segera. Walaupun tiada alasan diberikan, pejabat itu berkata ia berkaitan dengan wabak Covid-19. Dalam hantaran Facebook hari ini, pejabat kesihatan daerah itu berkata bas dengan nombor pendaftaran PLQ9689 itu bertolak dari Seremban jam 8.30 malam, iaitu malam yang sama perintah kawalan pergerakan diumumkan tetapi masih belum berkuat kuasa. Menurutnya, bas tersebut berhenti di Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim dan Butterworth, sebelum akhirnya tiba di Sungai Petani. "Mohon semua penumpang yang menaiki bas ini untuk terus hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim. "Kerjasama anda amat kami hargai," katanya. Sebelum ini, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan meminta penumpang bas Plusliner dari J...
🔴 Live MG | Operasi Penguatkuasaan Premis Perniagaan Warga Asing oleh Anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). LAPORAN OPERASI PREMIS WARGA ASING DI SEPANJANG JALAN BATU 9, HULU LANGAT OLEH JABATAN PENGUATKUASAAN TARIKH : 1/7/2020 HARI : RABU - (7) PREMIS WARGA ASING TELAH DISEAL. -(3) SITAAN TELAH DIBUAT. 1. Pasaraya HMR -tindakan sita barang dan tutup kedai 2. Kedai gunting rambut -tindakan sita mesin rambut dan tutup kedai 3. Din supplier enterprise(kedai santan) - tindakan tutup kedai 4. Kedai runcit ( warga asing ) - tindakan tutup kedai 5. MBH JERNIH (kedai runcit warga asing) - tindakan sita barang dan tutup kedai 6. Mini mart ( kedai runcit ) - tindakan sita barang dan tutup kedai Tindakan dijalan atas kesalahan uuk3- uukptp&p (mpkj) 2007 iaitu mjalankan perniagaan tanpa kebenaran
Bos Bangla pukul staff warga tempatan SUMBER FB Bergelar 'DATO Bangla' disebuah syarikat BHUIYEN SDN BHD BANDAR TUN RAZAK. "Bos Bangla" ini dilaporkan berkahwin dengan warga tempatan memiliki sebuah perniagaan dengan nama BHUIYEN SDN BHD di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur telah terbabit memukul seorang pekerja warga tempatan di syarikat berkenaan. Kes tercetus dari sedikit pertengkaran antara pekerja tempatan berkenaan dengan seorang pekerja Bangla. Pekerja Bangla berkenaan kuat memaki hamun pekerja tempatan sehingga mencetuskan pertengkaran. Ekoran dari peristiwa itu, "Bos Bangla" bertindak menggantung gaji pekerja tempatan berkenaan. Tindakan "Bos Bangla" seterusnya memanggil Pekerja Tempatan berkenaan ke pejabat. Pekerja Tempatan berkenaan dimarahi kerana kes dengan pekerja Bangla. Maka tercetuslah kekasaran seperti Video dibawah. Video menunjukkan berlaku tumbuk menumbuk diikuti kehadiran seorang India...
Ulasan
Catat Ulasan