Jangan takut! Baki 4,000 jemaah tabligh termasuk Pati, Rohingya segera tampil - “Bukan nak tangkap tapi...”
Jangan takut! Baki 4,000 jemaah tabligh termasuk Pati, Rohingya segera tampil
KERAJAAN meminta kira-kira 4,000 lagi jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac, untuk untuk tampil membuat saringan kesihatan, susulan penularan wabak Covid-19.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa golongan tersebut tidak akan ditahan sekiranya tampil membuat pemeriksaan secara sukarela.
“Please, datang secara sukarela. Kita bukan nak tangkap mereka, tapi kita nak jaga kesihatan mereka dan keluarga mereka.
“Begitu juga anggota tabligh yang bukan rakyat Malaysia, terdiri daripada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan warga Rohingya. Mungkin mereka menyorok kerana tak ada dokumen perjalanan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, tengah hari Ahad.
Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta kepada semua peserta tabligh dalam kalangan Pati dan warga Rohingya untuk tampil secara sukarela bagi menjalani ujian Covid-19.
“Saya sudah berbincang dengan ketua polis negara, walaupun mereka tiada ada dokumen perjalanan sekalipun, walaupun daripada Rohingya… yang penting, mereka juga perlu keluar dan tak perlu takut dari segi dokumen perjalanan yang tak ada pada mereka.
“Kita tak fokuskan dokumen perjalanan mereka, kita hanya mahu membuat saringan. Paling ekstrem pun mereka akan dikuarantinkan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan