COVID-19: 'Tolong doakan kami' - Raja Permaisuri Agong

COVID-19: 'Tolong doakan kami' - Raja Permaisuri Agong



KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka susulan sebilangan kakitangan Istana Negara sah dijangkiti virus coronavirus (COVID-19).

Melalui satu hantaran di akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, hari ini, baginda turut memaklumkan sebilangan kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti virus itu.

Melalui hantaran yang dimuat naik kira-kira jam 5 petang itu juga, Raja Permaisuri Agong memaklumkan sepasukan anggota daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah berada di Istana Negara.

“Semua kakitangan akan dibawa ke hotel untuk menjalani kuarantin secepat yang boleh.

“Prosedur yang akan mereka lalui adalah:

1. Mereka perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.

2. Setiap daripada mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi.

3. Kami akan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki,” tulis baginda.

Menurut Raja Permaisuri Agong lagi, kumpulan pertama adalah mereka yang keputusan ujiannya negatif.

“Kumpulan kedua adalah mereka yang keputusan ujian ‘swab test’ (ujian kapas kesat) belum diterima dan kumpulan ketiga adalah mereka

yang sudah mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam.

“Ampuan Tuanku.. setakat ini sudah sembilan orang positif. Di istana, hanya tinggal saya sekeluarga bersama tiga pembantu.

“Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, tiada visitors (tiada pelawat), ya Allah selamatkan Malaysia.

“I was close contact with nine of them, please pray for us! (saya adalah kontak rapat dengan mereka, tolong doakan kami!). Kepada

Allah berserah,” tulis baginda lagi.

Raja Permaisuri Agong turut memuat naik enam keping gambar menunjukkan proses-proses yang sedang dijalankan di Istana oleh petugas Jabatan Kesihatan dan pasukan bomba.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19.

Beliau berkata, semua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser