COVID-19: Ini Tiga Soalan Biasa Untuk Dijawab Pesakit

COVID-19: Ini Tiga Soalan Biasa Untuk Dijawab Pesaklt…

21 Mac 2020

 

Perkembangan terkini pandemik COVID-19 sedikit sebanyak membawa kebimbangan kepada kita, dan mungkin secara tidak langsung, membuatkan ramai yang mahu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik dan hospital, lapor Astro AWANI.

Jika sebelum ini, individu yang mengalami demam atau batuk biasa mungkin lebih selesa untuk berehat di rumah, tetapi kali ini simptom sedemikian boleh memberi rasa panlk kerana ia juga antara simptom biasa COVID-19.

Seorang doktor perubatan, Dr Nur Izyan Hanisah berkongsi di akaun Facebook tiga soalan yang akan ditanya oleh doktor apabila anda ke klinik.

Soalan pertama (A) ialah jika pesakit mempunyai mana-mana simpt0m seperti demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas. Kedua (B), sejarah ke luar negara; dan ketiga (C) jika pesakit ada berhubung atau kontak dengan individu yang disyaki atau disahkan positif w4bak itu.


Kata Dr Izyan, COVID -19 tidak boleh dikesan oleh doktor dalam tempoh beberapa minit pemeriksaan.

“Kalau ada A dan (B atau C), baru doktor akan masukkan dalam wad dan ambil sampel.

“Kalau ada B atau C sahaja, kami akan aturkan untuk ambil sampel tekak dan hidung di hospital tertentu tapi anda perlu kuarantin.

“Kalau tak ada A, B, C, tak payah risau. Jangan datang klinik ya kalau tak ada urusan,” kata Dr Izyan.

Dia juga berpesan kepada orang ramai agar tidak mengambil mudah maklumat yang diberikan kepada petugas perubatan.

“Tolong jangan cakap semb4rangan kalau tak pasti. Contoh ‘saya rasa semalam saya jumpa jiran saya baru balik Itali, saya rasa dia positif COVID lah’.

“Jangan main ‘rasa-rasa’. Kena pasti, baru cakap dengan doktor. Sebab kalau anda cakap semb4rangan, doktor ni kena cepat-cepat asingkan awak dari orang lain, kena pakai ‘baju angkasawan’ yang harganya mahal untuk periksa awak. Tutup klinik sementara untuk pembersihan,” tambahnya lagi.

Dr Izyan juga meminta pesakit yang mahu ke klinik agar tidak membawa ahli keluarga bersama, kerana ia berpotensi memudahkan penyebaran penyakit.

Sumber: Astro AWANI, FB NurIzyanHanisah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing