Tun M kuarantin sendiri , kontak rapat MP positif Covid-19

“Tak begitu berat bagi saya” - Tun M kuarantin di rumah, kontak rapat MP positif Covid-19


Dr Mahathir kini menjalani kuarantin di rumah, selepas didapati kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19

BEKAS perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini menjalani kuarantin di rumah setelah didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang ahli Parlimen yang disahkan positif Covid-19.

"Beliau menjalani kuarantin sendiri," kata seorang jurucakap secara ringkas pada Khamis.


Beliau yang berusia 95 tahun dipercayai bergambar bersama dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen, yang kini menjalani kuarantin di Hospital Umum Sarawak (SGH).

Menerusi posting di halaman Facebook pada 17 Mac, Dr Yii berkata, beliau disahkan positif Covid-19 selepas mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu, yang positif Covid-19 pada 2 Mac.

Menerusi wawancara eksklusif bersama Buletin Utama di TV3, Dr Mahathir berkongsi pengalamannya menjalani kuarantin di rumah.

"Saya patuh (kuarantin) kerana amat penting dalam menangani masalah ini, kita berdisiplin.

"Kita sanggup menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari. Kalau kita buat demikian, kuranglah kemungkinan penyakit ini merebak kepada orang lain," kata Dr Mahathir.

"Sekarang saya di rumah, tak boleh keluar, tak boleh jumpa sesiapa pun. Tak boleh bersalam dengan orang, macam-macam lah," tambah beliau.

"Tapi alhamdulillah, tidak begitu berat bagi saya," ujar Dr Mahathir. - The Star


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Covid-19: Penumpang bas ekspress Seremban-Sungai Petani dirayu tampil

((Live)) MPKj Laksana Tindakan SITA KEATAS Premis Perniagaan Warga Asing

Bos Bangla pukul staff warga tempatan