Rumah terbakar, takkan bomba nak mesyuarat dulu?

Rumah terbakar, takkan bomba nak mesyuarat dulu?



Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hadir semasa Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL 


28 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Kenyataan tidak puas hati beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion dibidas Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu perlu dilakukan di saat genting ketika negara sedang dilanda musibah.

“Parah Lid..dah kursus 22 bulan, basic pun Lid belum faham…bila rumah terbakar,adakah pasukan bomba patut bermesyuarat dulu atas nama demokrasi Lid??” soalnya di Twitter.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas mengenai ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Khalid semalam berkata, langkah itu perlu dibawa ke pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan itu digunakan dengan jalan yang baik.

“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.

“Pakej ransangan yang dibentang bernilai berbilion maka perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Ngar Ko Ming mahu pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 dibawa ke pengetahuan 222 Ahli Parlimen dan dibahaskan di Dewan Rakyat. -MalaysiaGazette


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing