COVID-19: Angka kematian kini 8 21 mac 2020

21 Nac 2020

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat lagi kematian direkodkan akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu di negara ini ketika ini sebanyak lapan kes.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

"Dukacita dimaklumkan bahawa hingga kini, terdapat pertambahan empat lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan lapan sehingga kini," katanya.

Dalam sidang media petang tadi, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kematian akibat wabak itu di Malaysia adalah empat kes, susulan satu kematian jam 1.30 pagi tadi membabitkan kes ke-238 yang juga kluster jemaah tabligh.

Kes kematian keempat itu membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun itu yang dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), sebelum kesihatannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Berhubung kes kematian kelima hingga kelapan, Dr Noor Hisham memaklumkan, ia membabitkan warga Malaysia dengan dua di Sarawak yang juga ibu dan anak, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kelantan.

Jelasnya, kes kelima adalah wanita berusia 79 tahun yang dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac lalu selepas demam dan batuk selama lima hari, sebelum di bawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac.

"Wanita isu disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuannya.

"Kes kematian keenam membabitkan anak perempuan kes kematian kelima. Beliau yang berusia 40 tahun dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac, sebelum disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

"Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari, hari ini," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ketujuh membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun, mempunyai sejarah ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Katanya, lelaki itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac lalu akibat demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu, namun kesihatannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan, sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang hari ini.

Kes kematian kelapan pula, katanya, yang membabitkan seorang lelaki berusia 69 tahun, juga daripada kluster tabligh dan dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac lalu susulan demam sejak 12 Mac.

"Beliau dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya.

"Beliau disahkan meninggal dunia hari ini pada jam 4.00 petang. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka," katanya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser