Covid-19 Polis akan mencari sehingga ke ‘lubang cacing’.

Covid-19 Polis akan mencari  sehingga ke ‘lubang cacing’.

Awani 23-3-2020

Polis Johor cari 75 jemaah tabligh yang belum lakukan pemeriksaan kesihatan
Ayob Khan berkata, polis menyeru kepada jemaah-jemaah tabligh untuk segera membuat pemeriksaan saringan kesihatan di hospital. - Gambar fail

JOHOR BAHRU: Polis Johor mencari 75 individu yang pernah menghadiri perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur atau mereka yang mempunyai hubungan dengan jemaah yang penyertai perhimpunan itu.

Mereka termasuk 29 warganegara Bangladesh, 10 etnik Rohingya dan 8 rakyat Thailand yang akan dijejaki sekiranya masih enggan menyerah diri untuk melakukan saringan kesihatan.


Bagaimanapun,sekiranya ingkar, polis, kata beliau, akan mencari mereka sehingga ke ‘lubang cacing’.
"Orang tabligh ini orang yang dikaitkan dengan mematuhi agama , kalau benar dia benar berpegang dgn ajaran agama Islam, dia kena bertanggungjawab. Jangan pula bagi alasan tak munasabah… sepatutnya  pergi ke klinik atau hospital buat saringan, soal jangkiti atau tidak itu soal kedua.

“Polis ini banyak tugas lain, kalau kita nak fokus cari dia orang (Jemaah) kita akan abaikan tugas lain, satu kerja pulak nak cari .. tapi saya nak tegaskan kita akan cari dia orang sampai ke ‘lubang cacing’. Itu komitmen yang kita akan beri. Jadi eloklah yang mana ada dikaitkan pergi (perhimpunan) atau berkait dengan tabligh, elok serah diri,” kata Ayob Khan.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan Op COVID bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Tampoi,  di sini.

Menurut Ayob, terdapat seramai 1,450 jemaah tabligh di negeri itu yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh pada hujung Februari lalu.

Daripada jumlah tersebut, 1,375  jemaah telah dikesan dan menjalani saringan kesihatan.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati, 1,346  negatif COVID-19 manakala 29 jemaah lain positif sementara seorang kritikal dan seorang lagi meninggal dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing