Kau tahu tak virus tu paling banyak di bandar? Di KL terutamanya.
FB Tentera Troll Kebangsaan Malaysia
Peringatan Jangan jadi orang bodoh.
Kau tahu tak virus tu paling banyak di bandar? Di KL terutamanya.
Kau pergi balik kampung tu nak jadi penyebar virus ke kampung kau ke, hanat?
Kau nak mak bapak kau yang dah tua tu kena covid-19 ke? Kau tak kesian depa ka?
Oi sengal, dengar sini, kau mungkin sihat walafiat, tapi kau tak sedar kau adalah pembawa virus. Ada banyak kes pesakit covid-19 tak bergejala kau tau ke tak?Demam tak ada, batuk tak ada, tapi dia positif. ( tak tipu bhai, kami wawancara sendiri pesakit covid-19 yang dapat dari parents dia. Both parents dia tak ada simptom. Boleh baca sini : https://ttkm.com.my/2020/03/16/eksklusif-wawancara-khas-dengan-pesakit-covid-19 )
Ini yang kerajaan cuba lakukan, kurangkan orang macam ni kontak dengan orang lain. Tapi kau sengal pergi berkumpul kat stesen bas, kat balai polis, kat shopping mall, berhimpit2 tu dah kenapa?
Memang sengaja tadah leher nak dapat virus ke bongok oi?
Sudah! Jangan jadi penyebar virus. Jangan bagi virus can nak sebarkan kepada kau. Duk umah diam-diam. 2 minggu je bukan lama.
Fakta Nombor:
673 - Jumah kes positif
622 - dirawat di hospital
49 - sembuh
433- positif dari kluster jemaah tabligh
2 - kematian setakat ini, 1 dari kluster tabligh
34 - umur pesakit kluster tabligh yang meninggal dunia.
16 hari- masa diambil untuk pesakit kluster tabligh meninggal dunia ( 1 mac - 17 mac)
#DudukRumahLayanDramaKorea
#TTKMdanKKMbergabungMeletop
#JanganJadiBodohPenyebarVirus
Ulasan
Catat Ulasan