Dua kakitangan positif COVID-19, wad paediatrik Hospital Selayang ditutup sementara

Dua kakitangan positif COVID-19, wad paediatrik Hospital Selayang ditutup sementara


Semua wad paediatrik Hospital Selayang ditutup sementara.

21Mac 2020


KUALA LUMPUR – Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa menutup semua wadnya buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan itu disahkan positif COVID-19.

Penutupan itu dimaklumkan oleh Pengarah Hospital Selayang Dr. Sakinah Alwi dalam satu notis.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.

“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.

“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.

“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” katanya dalam kenyataan itu.

Artikel berkaitan: 12 petugas kesihatan KKM, 3 sektor swasta dijangkiti Covid-19, seorang di ICU

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan disahkan positif COVID-19 dan seorang daripada mereka kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Turut disahkan positif virus yang sedang menular di seluruh dunia itu tiga petugas kesihatan dari sektor swasta. – MalaysiaGazette

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing