"Punca Disebabkan Bersalaman Dengan Orang Yang Positif Masa Majlis Akad Nikah" - Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman

"Punca Disebabkan Bersalaman Dengan Orang Yang Positif Masa Majlis Akad Nikah" - Pesakit COVID-19 Cerita Pengalaman



Adnan Faisal yang positif wabak COVID-19 berkongsi keadaannya yang terpaksa dimasukkan ke hospital dua hari lalu selepas mengalami demam panas sejak 10 Mac.

Menurut Adnan, simptom yang dialaminya itu berpunca selepas bersalaman dengan saudara yang positif ketika majlis akad nikah abangnya.  

"Jangan ambil ringan ya guys. Jangan berhimpun di luar. Jangan suka keluar. Dah kena tak boleh keluar.

"Doakan saya ya. Siapa ada contact dengan saya sebelum ni kalau ada simptom boleh pergi ke hospital.

"Punca saya positif disebabkan ada contact dengan orang yang positif COVID masa majlis akad nikah abang saya.

"Ambil serius sebelum serius datang sendiri," kongsinya di Instagram (IG) miliknya.


Adnan turut mendedahkan ahli keluarganya sudah 10 orang yang dijangkiti COVID-19.

"Perkembangan terkini, 10 orang positif. Seorang sedang sarat mengandung dan seorang lagi ada tiga orang anak kecil.

"Bayangkan betapa senangnya virus ni merebak. Kerana 1 orang, 10 orang dah pasti positif sekarang, " tulis Adnan.



Di samping itu, Adnan meluahkan rasa perit selepas terpaksa berpisah dengan ahli keluarga serta memohon kepada semua pihak supaya mengikut arahan kerajaan.
"Hari pertama. Peritnya COVID-19 ni bukan pada sakitnya. Tapi bila terputusnya hubungan dengan orang yang kita sayang. Mungkin kita terlampau sayang selain dari Nya. 

"Ya Allah yang Maha Penyayang. Angkat lah wabak ini. Kami serah diri zahir wa batin ya Allah. Kami tak mampu walau kepada sekecil kecil virus. Amin ya Rabb!

"Minta semua ikut arahan kerajaan ya. Jangan keluar melainkan hal yang penting. Sebelum nanti kita tak boleh keluar terus dan jumpa orang yang kita sayang," ujarnya.

Menerusi posting berbeza, Adnan melahirkan rasa syukur selepas keadaan kesihatannya makin pulih dan berkemungkinan dibenarkan keluar daripada hospital.

"Semua pergerakan Adnan selepas 7 Mac sampai semalam dah dilaporkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi jangan risau ya.

"Alhamdulillah simptom Adnan dah takda. Tinggal tunggu ujian negatif 2 kali. Insya-Allah boleh keluar," tulisnya lagi. 



Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 900 orang dengan dua rekod kematian.
 
Daripada jumlah tersebut, seramai 823 orang sedang dirawat di hospital, manakala 75 orang telah pun pulih.
 
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sedih apabila melihat dua keadaan berbeza di Pasar Borong Selayang.

kkm tarik keluar 10 ubat gastrik risiko kanser