Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

Rakaman DashCam lokasi kejadian di Sg Koyan.

Rakaman DashCam  lokasi kejadian di Sg Koyan. Penunggang motosikal dan pemandu kenderaan dinasihatkan berhati hati tidak  memandu laju apabila melalui kawasan penyelenggaraan jalan raya.

DBKL SITA Premis Peniaga Warga Asing UNHCR Cheras Baru

Imej
DBKL SITA Premis Peniaga Warga Asing UNHCR Cheras Baru  DBKL hari ini (29 Jun 2020 - Isnin) mempergiatkan lagi tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. Dengan kekuatan 7 anggota, tindakan telah dilaksanakan terhadap premis Tinted Kenderaan di Lot 11 Jalan 16, Kampung Cheras Baru.  Semakan dan pemantauan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen daripada DBKL dan dikendalikan oleh warga asing (BANGLADESH). Petugas telah mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun di bawah kesalahan UUK 20(1)(b); Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL)2016 dan menutup premis serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. Manakala siasatan kedua terhadap premis barangan runcit di No 13, Jalan 16, Kampung Cheras Baru mendapati premis tersebut mempunyai lesen daripada pihak DBKL. Walau bagaimanapun ianya dikendalikan oleh warga asing (PEMEGANG KAD UNHCR) yang dikatakan p

Pelanggan Bertempiaran apabila warung char kuey tiaw tiba tiba dijilat api.

Imej
Pelanggan bertempiaran warung char kuey tiaw tiba tiba dijilat api. 28 Jun 2020 BUTTERWORTH - Beberapa pelanggan yang sedang menikmati char kuey tiaw di sebuah kedai di Jalan Permatang Pauh di sini bertempiaran lari apabila premis terbabit disambar api malam tadi. Kejadian berlaku di kedai Char Kuey Tiaw Kaki Lima kira-kira jam 10.40 malam tadi menyebabkan pelanggan yang berada di premis tersebut bertempiaran menyelamatkan diri. Jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.44 malam lalu bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah kedai kelas C dengan anggaran keluasan 50x30 kaki persegi. "Peratusan kemusnahan dianggarkan 80 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Hanya pemilik kedai melecur di tangan dan kaki kanan, namun tidak serius selain tiada pelanggan mengalami kecederaan. "Mangsa yang berusia 44 tahun itu telah diberi rawatan aw

DBKL Sita Premis perniagaan cuci kereta warga asing

Imej
TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN DBKL meneruskan lagi tindakan terhadap warga asing pada hari ini (Isnin - 29 Jun 2020) yang  menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan Parlimen Wangsa Maju. Tindakan sita dan penutupan premis 'car wash' yang terletak di Kampung Bandar Dalam, Gombak telah dilaksanakan pada hari ini. Premis ini dikendalikan oleh 3 warga asing (Myanmar) memegang kad UNHCR.  Dengan kekuatan seramai 5 anggota, tindakan ini dilaksanakan di bawah Sek.101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai maklumat mengenai perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran, boleh hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran. #SayangiKualaLumpur #welovekualalumpur #kualalumpurkitapunya #kl

Rakaman Blok sekolah terbakar dan operasi pemadaman api

Imej
Blok sekolah terbakar Oleh Abdul Rahemang Taiming bhnews@bh.com.my Ahad, 28 Jun 2020 | 7:24pm TAWAU: Sebuah blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Matahir, Merotai, dekat sini, musnah dalam kebakaran jam 2.15, petang tadi. Ketua Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zulbada Alior, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada jam 2.19 petang. Katanya, seramai 12 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Lori Tangki Air, dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba 20 minit kemudian. "Sejurus tiba, bangunan berkenaan sudah terbakar 90 peratus sebelum anggota bomba memulakan kerja-kerja memadam kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.10 petang. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, berikutan tiada murid di sekolah pada waktu kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini. Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian

Peguam dikatakan memandu dalam keadaan mabuk arak, seorang cedera.

Imej
Peguam dikatakan memandu dalam keadaan mabuk, seorang cedera.  Sumber FB info Trafik dan  Kemalangan JOHOR BAHRU 27/06/2020. Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota dipandu seorang lelaki dikatakan melanggar seorang penunggang motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Myvi  di Kebun Teh, Johor Bahru pada malam tadi. Dari rakaman video lelaki yang mengaku peguam dikatakan dalam keadaan mabuk arak. Mangsa penunggang motosikal dilaporkan cedera dalam insiden tersebut.

28-6-2020 TINDAKAN DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN

Imej
TINDAKAN KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA KEBENARAN DBKL meneruskan lagi tindakan terhadap warga asing pada hari ini (Ahad - 28 Jun 2020) yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di kawasan Parlimen Wangsa Maju. Dengan kekuatan seramai 5 anggota, tindakan penutupan 2 buah premis kedai jahit yang dikendalikan warga asing telah dilaksanakan di bawah Sek.101 (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Premis-premis Kedai Jahit ini terletak di Lot  No 1-121 dan No 1-113, Plaza Idaman, Kuala Lumpur. Premis kedai jahit pertama dikendalikan oleh 3 orang warga Somalia dan manakala premis kedua oleh seorang warga Yemen. Mereka didapati adalah pemegang kad UNHCR. Tindakan dan pemantauan terhadap aktiviti ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa. Jika anda mempunyai maklumat mengenai perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran, boleh hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau

28-6-2020 10 Daerah Sabah dilanda Banjir

Imej
KOTA KINABALU, 28 Jun  -- Lima lagi daerah di Sabah dilanda banjir setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlahnya 10 daerah berbanding lima daerah pada 8 pagi tadi, susulan hujan lebat sejak semalam. Lima daerah terbaru dilanda banjir ialah Tenom, Pitas, Beaufort, Membakut, dan Papar, selain Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Keningau dan Tuaran. “Sebanyak 55 buah kampung yang terjejas di kesemua 10 daerah dan pemantauan sedang giat dijalankan,” kata  Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan hari ini. Katanya setakat tengah hari ini, empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu dua di Kota Belud yang menempatkan 81 orang daripada 31 keluarga, satu PPS di Penampang (21 orang daripada enam keluarga) dan satu PPS di Papar (60 orang daripada 19 keluarga). Menurut kenyataan itu, jumlah mangsa banjir dijangka meningkat di  beberapa daerah kerana proses pemindahan dan pendaftaran mangsa masih giat dilakukan. -- BERNAMA

Tular Kehebatan pekerja kedai membersih meja hidangan

Terbaik pelayan kedai ini buat kerja, bila kita seronok bekerjam, hasil kerjankerja memang membanggakan. Majikan sewajarnya menambah insentif kepada pekerja bersemangat dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Contoh video ini mampu memberi motivasi kepada pekerja lain. Buat pelanggan di mana saja kita makan INGAT! tolong kemaskan siap2 yaa supaya mudahkan kerja staff. Sama2 senang hati itukan punca kebahagiaan juga. Semoga murah rezeki bro Kredit : FB Mohammed Mohammad Ramzie

Rakaman Kebakaran Kg Bahagia Sibu Ibu bersama tiga anak nekad terjun selamatkan diri.

Imej
27/6 Ibu bersama tiga anak nekad terjun selamatkan diri SIBU: 27-6-2020 Tiada apa yang lebih berharga buat seorang ibu apabila nekad terjun dari ketinggian kira-kira 10 kaki untuk menyelamatkan tiga anaknya termasuk seorang bayi lima bulan dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Bahagia Selatan 10, Kampung Bahagia Jaya Teku, petang tadi. Ketika kejadian, Caroline Kulan, 31, bersama anaknya Ferbian Song Teck Kiong, 8, Vivian Song Ling Mei, 7, dan Pilasevai Caroline Kulan lima bulan, berada di dalam rumah. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Janggan Muling, ibu terbabit bersama tiga anaknya terjun dari bahagian belakang rumah untuk menyelamatkan diri. “Mereka mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” ujarnya sebentar tadi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan ke lokasi selepas menerim

Rakaman kejadian Lori pasir rempuh kedai, seorang cedera.

Imej
26 JUN 2020 Kemalangan yang berlaku di Jalan Ayer Hitam Batu Pahat, Jam 3 petang. Lori pasir hilang kawalan rempuh 11 kenderaan, seorang cedera.

26-6-2020 Wanita maut disambar buaya

Imej
Wanita maut disambar buaya KALABAKAN: Seorang wanita maut apabila disambar buaya ketika sedang mencuci pakaian dan mandi di kawasan berhampiran sungai di Kampung Sungai Tuda Lama, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, Nurhayati Talib, 50-an, dipercayai turun bersendirian untuk mencuci pakaian di tebing sungai berkenaan sebelum hilang secara tiba-tiba. Mangsa ditemukan di kawasan lumpur berhampiran lokasi kejadian oleh penduduk kampung yang turut membantu mencari sebaik mengetahui kehilangan mangsa. Ketua Balai Bomba Tawau Zulbada Alior berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada jam 11.38 pagi sebelum lima anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebelum anggota tiba, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan terlebih dahulu menjalankan operasi mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung," katanya. Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung tidak

26-6-2030 OPERASI DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN

Imej
26-6-2030 OPERASI DBKL KE ATAS WARGA ASING YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN  DBKL meneruskan lagi tindakan seumpama ini pada 26 Jun 2020 (Jumaat) ke atas warga asing yang menjalankan kegiatan perniagaan. Dengan kekuatan seramai 5 anggota, 2 tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di sekitar Parlimen Segambut hari ini. Penutupan 2 premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di bawah Sek.101 (v). Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah dilaksanakan.  Tindakan pertama adalah terhadap KEDAI RUNCIT SHB TRADING (M) SDN BHD di alamat No 50 Tingkat Bawah Plaza Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur. Tindakan kedua pula terhadap KEDAI GUNTING RAMBUT, NO 42 BLOK A Plaza Sri Sinar, Jalan 8/38D Taman Sri Sinar Segambut, Kuala Lumpur. Jika anda mempunyai maklumat perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran bolehlah hubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran

Muhyiddin minta UNHCR percepat proses penempatan semula pelarian

Imej
Muhyiddin minta UNHCR percepat proses penempatan semula pelarian 🇲🇾 Malaysia meminta Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bekerjasama erat dengan ASEAN bagi mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad UNHCR ke negara ketiga. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesan limpahan krisis wilayah Rakhine terus memberi impak kepada rantau ini, justeru meminta ASEAN mencari penyelesaian yang berkesan untuk krisis tersebut. “Apa yang kita dilakukan dalam ASEAN untuk saling membantu dalam mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk wilayah Rakhine? "ASEAN perlu melakukan lebih banyak untuk membantu Myanmar dan negara itu perlu lebih berusaha membantu diri bagi menyelesaikan krisis ini supaya pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih bermakna,” katanya. Muhyiddin berkata demikian semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-36 yang buat julung kali diadakan secara maya hari ini ekoran pandemik koronavirus (Covid-19). Vietnam me

Polis tahan dua termasuk AJK taman bergaduh

Imej
Polis tahan dua termasuk AJK taman bergaduh 25-6-2020 MELAKA TENGAH - Polis menahan dua individu termasuk seorang ahli jawatankuasa Taman Rambai Utama susulan pergaduhan di Medan Selera Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) taman itu di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahamad berkata, individu berusia 56 dan peniaga lelaki berusia 33 tahun ditahan di Jalan Kota Melaka. Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan ibu kepada peniaga berkenaan menegur seorang biro keselamatan persatuan taman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. "Lelaki itu dikatakan tidak membenarkan peniaga pasar malam berniaga di kawasan berkenaan selagi tiada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh pihak persatuan taman. "Kemudian berlaku pertengkaran di antara ibu peniaga dan lelaki itu. Peniaga itu juga tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki berkenaan menyebut perkataan lucah

RAKAMAN Tular KEMALANGAN 7 KENDERAAN DI PERSIMPANGAN PASIR RIS

Imej
RAKAMAN Tular KEMALANGAN 7 KENDERAAN DI PERSIMPANGAN PASIR RIS 25/06/2020 Kemalangan  serius yang melibatkan 7 buah kenderaan di sepanjang Pasir Ris Drive 8 selepas Pasir Ris Grove. Menurut STOMP: "Seorang pemandu kereta berusia 57 tahun dibawa ke hospital setelah kemalangan tujuh kenderaan di Pasir Ris pada hari Khamis (25 Jun). Dia sedar ketika dibawa ke Hospital Umum Changi. Polis mengatakan mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan teksi, motosikal, lori dan empat kereta di persimpangan Pasir Ris Drive 8 dan Pasir Ris Drive 1 pada 11.25 pagi. "

Peniaga Besi Buruk Rohingya Tipu Penimbang Pula

Penimbang yang diguna oleh peniaga Rohingya membeli besi buruk telah diubah suai. Penipuan akhirnya terbongkar jua.

Video Gaduh: Enam ditahan kes gaduh rebut tapak jual sayur di Kota Sentosa Kuching

Imej
Enam ditahan kes gaduh rebut tapak jual sayur di Kota Sentosa 2020-06-25T17:47:59+08:00 Tangkap layar rakaman video tular di media sosial hari ini. KUCHING: Angkara berebut tapak menjual sayur-sayuran menyebabkan berlaku pergaduhan antara dua pihak di sebuah pasar di Batu Tujuh, Kota Sentosa, hari ini. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku apabila dua beradik yang meniaga sayur di pasar tersebut didatangi sekumpulan lelaki sekitar jam 7.30 pagi. Menurutnya, kumpulan terbabit mengarahkan adik beradik masing-masing berusia 15 dan 25 tahun terbabit mengalihkan bakul sayur-sayuran mereka kerana ingin menjual di tempat yang sama. "Selepas berbincang, adik beradik terbabit bagaimanapun masih enggan mengalihkan bakul mereka memandangkan mereka sudah hampir tiga tahun berniaga di tapak tersebut. "Kejadian bertambah tegang apabila si adik meninggikan suara menyebabkan dia ditampar oleh seorang daripada kumpulan terbabit sehin

𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐜𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎

Imej
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐜𝐨𝐯𝐢𝐝𝟏𝟗𝐦𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎 KES BAHARU = 4 a) melibatkan kes import = 3 i) warganegara= 3 ii) bukan warganegara= 0 𝐛) 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧= 𝟏 𝐢) 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟏 𝐢𝐢) 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚= 𝟎 PERINCIAN KES IMPORT (3 KES) a) 1 kes balik dari Singapura, 1 kes balik dari United Kingdom dan 1 kes balik dari Mesir.  PERINCIAN KES TEMPATAN (1 KES) b) 1 kes saringan SARI di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang adalah kes ke 8600 iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana, Simpang Renggam. Kes mengalami gejala sesak nafas dan sakit badan pada 20 Jun 2020 dan di bawa ke Unit Kecemasan HEBHK atas rujukan Klinik Kesihatan Simpang Renggam.  Kes telah dimasukkan ke ICU dengan diagnosa demam denggi pada 21 Jun 2020 dan dikesan positif RT-PCR oleh IMR pada 23 Jun 2020 – WN Malaysia. Tiada kes melibatkan

Empat termasuk tiga pegawai Jabatan Imigresen dan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan seludup manusia.

Imej
JOHOR BAHRU: Empat termasuk tiga pegawai Jabatan Imigresen dan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) ditahan susulan operasi berterusan polis Johor ke atas kegiatan sindiket penyeludupan migran, sejak Mac lalu. Pegawai Jabatan Imigresen yang berusia antara 30 hingga 48 tahun itu bertugas di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor manakala anggota PPM berusia 41 tahun bertugas di Markas Operasi Pasukan Marin di Putrajaya. Penahanan empat suspek itu menjadikan sehingga kini seramai 22 pegawai dan anggota penguat kuasa ditahan selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan migran di pantai timur Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tangkapan pertama membabitkan tiga pegawai imigresen pada 23 Jun lalu susulan penahanan 12 migran warga Indonesia antara 15 hingga 21 Jun lalu. Katanya, modus operandi yang digunakan tiga suspek itu adalah menyediakan cop (keluar/masuk) imigresen yang disyaki palsu bagi menguruskan penyeludupan warga Indonesia yang s

Polis cari pemandu Volvo memandu di lorong motosikal

Imej
Polis cari pemandu Volvo memandu di lorong motosikal POLIS sedang mengesan pemandu kenderaan yang memasuki lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya sehingga membahayakan penunggang motosikal tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat. Menurutnya, pihaknya akan membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987. "Kita akan mengambil tindakan lanjut berkaitan kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Terdahulu, tular video di media sosial kejadian sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki tiba-tiba memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan. Penunggang motosikal kemudiannya dilihat memintas kenderaan terbabit sebelum memintanya keluar semula dari laluan itu. Artikel ini disiarkan pada: Rabu, 24 Jun 2020 @ 10:39 AM #Ha

Kegigihan Pelajar Pekan Pakan mendapatkan Akses4G

Imej
Kalau sebelum ini tular pelajar IPTA Sabah yang bekelambu dlm hutan untuk mendapatkan akses 4G bagi tujuan pembelajaran dalam talian, situasi yang hampir sama berlaku kepada pelajar di Pekan Pakan 45km dari Bandar Sarikei Pendalaman Sarawak ini. Anak Malaysia ini gigih ditemani Ibu bapa mendaki bukit  mencari lokasi akses4g untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Nyamuk dan unggas ular dan segala macam ancaman tidak sedikitkan meluntur semangat anak ini mencari ilmu. Bekas telur dibakar mampu menjauhkan ancaman berkenaan.

DBKL | Kotor! Premis Proses Mee Diarah Tutup

Imej
PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG MEMPROSES MEE DBKL melalui Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 24 Jun 2020 (Rabu) telah nenjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas premis YAMARICO TEA beralamat di No 15, Jalan Segambut Selatan , Segambut 51200 KL. Kekuatan anggota seramai 5 orang dalam pemeriksaan telah mendapati : Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan berserta urungan najisnya (Tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual); Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan kotor serta berdaki hitam; Tandas kotor dan berbau; 3 Pengendali makanan bukan  warganegara  -tidak mempunyai suntikan tifoid, -tidak memakai penutup kepala & apron semasa mengendalikan makanan,; Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang; dan Lokasi dan keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan. Tinda