Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Peserta tabligh jangan menyorok, ahli keluarga jangan simpan rahsia

Imej
Peserta tabligh jangan menyorok, ahli keluarga jangan simpan rahsia 31 Mac 2020 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap pada sidang media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 31 MAC 2020. KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,123 orang jemaah Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang masih belum tampil secara sukarela diberi amaran supaya segera membuat saringan Covid-19. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak mahu mereka yang terlibat tidak menyembunyikan diri. Menurutnya, polis kali ini membuat keputusan untuk tidak lagi berlembut dalam perkara tersebut dan sudah bersedia bertindak tegas ke atas mereka yang masih berdegil. Katanya, hasil perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador di Bukit Aman petang ini, pihaknya mengambil keputusan itu bagi usaha menangani penularan wabak Covid-19. “Kita ada bincang contohnya, apakah sekatan jalan raya mencukupi atau p

Cara tebus data internet percuma sepanjang tempoh PKP

Imej
Cara tebus data internet percuma sepanjang tempoh PKP  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac lepas. Ia bertujuan melindungi rakyat sekaligus membantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan. Selain daripada itu, setiap syarikat telekomunikasi turut menawarkan sejumlah pakej menarik khusus buat pe

KENYATAAN AKHBARMENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)MENGENAIPERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI MENARA CITY ONE, JALAN MUNSHI ABDULLAH, KUALA LUMPUR

Imej
                   KENYATAAN AKHBAR MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN) MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI MENARA CITY ONE, JALAN MUNSHI ABDULLAH, KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes positif jangkitan COVID-19 di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Mengambilkira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order). Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020.Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit diliaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Dengan pelaksanaan perint

Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional 2020

Imej
Cara memohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 30 Mac 2020 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baharu sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebelum ini. Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion. Jumlah Bantuan PRIHATIN Nasional Terdapat empat kategori penerima yang layak iaitu: 1. Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40). 2. Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40). 3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah. 4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas. Berikut adalah kriteria kelayakan seperti berikut: a) Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40) dapat RM1,600. RM1,000 dibayar pada April, baki RM600 dibayar Mei. b) Isirumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40) dapat RM1,000. RM500 dibayar pada April. Baki RM500 dibayar Mei. c) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah dapat RM800. RM500 d

Akhirnya pakar jantung diheret ke mahkamah joging waktu PKP

Imej
Akhirnya pakar jantung diheret ke mahkamah joging waktu PKP 30 Mac 2020 Gara-gara berkeras mahu bersenam dengan berjoging di taman awam semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), pakar jantung Dr Ong Hean Teik diheret ke Mahkamah Majistret Pulau Pinang dan berdepan dua pertuduhan. Berdasarkan laporan Sin Chew Daily, Dr Ong minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Seksyen 186 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Manakala Peraturan 3(1) pula memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Video bantahan Dr Ong semasa ditahan baru-baru ini tular di laman sosial. Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dan menetapka

Doktor pakar kecemasan Melaka cerita pengalaman bertemu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba

Imej
Doktor pakar kecemasan Melaka cerita pengalaman bertemu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Ramai sahabat yang mesej saya bertanya tentang beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba (YBMK). Ya. Memang benar, sayalah di dalam gambar tersebut mengiringi tinjauan YBMK ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka. Tinjauan itu berlaku pada jam 4 pagi! Ya betul...bukan typo. EMPAT PAGI. YBMK menceritakan kepada saya tentang jadual harian beliau semalam. Seawal jam 7 pagi, beliau sudah berada di pejabat Menteri. Selepas itu beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara. Kemudian meninjau pula MAEPS sebagai persediaan menghadapi gelombang ke 3 Covid-19. Setelah itu beliau bergegas ke Simpang Renggam. Kemudian beliau pergi meninjau Hospital Permai, JB sebelum akhirnya pulang ke Putrajaya pada jam 12 tgh malam. Sempat beliau masuk meninjau ke Hospital Melaka pula selepas itu. Agak lama saya berborak dengan YBMK. Beliau bertanya te

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR

Imej
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuat kuasa di Batu 21 – Batu 24 Sungai Lui   Buletin TTKM 29 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuat kuasa di Batu 21 - Batu 24 Sungai Lui KENYATAAN AKHBAR MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN) MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI BATU 21-24 SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An- Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order), arahan kedua selepas Simpang Renggam, di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan 3,918 orang penduduk merangkumi 700 rumah. Ini termasu

Covid19- Jangan Beli Penutup Hidung Sembarangan

Imej
Penjual penutup hidung mengambil peluang menjual pelbagai versi penutup hidung sejak tularnya virus Covid 19 di Malaysia.  Tindakan mengaut keuntungan tanpa mengira spesifikasi sebenar penutup hidung yang sepatutnya.  Panduan WHO dan KKM menyarankan pemakaian penutup hidung mulut untuk kategori yang bergejala selsema batuk dan demam.  Pemakaian untuk orang sihat terserah kepada individu sendiri. Selain dari pemakaian penutup hidung, amalan kerap membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan sanitisers,  mengamalkan jarak sosial 1meter merupakan langkah penjagaan yang mampu menghentikan jangkitan covid19.  Pengguna mesti memahami beza antara virus dan bakteria.  Covid 19 ialah virus. Maka penapis atau penutup hidung mestilah yang mampu menyekat virus.  Sila rujuk panduan gambar dibawah supaya tidak lagi tertipu Pilihan penutup hidung jenis N95 direka khas untuk tujuan penapisan virus

Doktor cuba rawat sendiri COVID-19, meninggal dunia

Imej
29 mac 2020 TASHKENT: Seorang doktor di Uzbekistan yang dijangkiti COVID-19 disahkan meninggal dunia hari ini selepas cuba melakukan rawatan sendiri selepas merahsiakan perkara itu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lelaki berusia 39 tahun itu didakwa mempunyai kontak dengan seorang pesakit dijangkiti, yang disahkan sebagai ‘patient zero’. Kenyataan itu turut mengesahkan doktor berkenaan dijangkiti coronavirus itu daripada pesakit berkenaan. Doktor terbabit dimasukkan ke hospital pada 26 Mac lalu dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia dua hari selepas itu. Mangsa juga dikenal pasti sebagai pesakit COVID-19 kedua yang meninggal dunia di Uzbekistan. Setakat ini, Uzbekistan mengesahkan 104 kes positif COVID-19 dan langkah drastik diambil bagi mengawal penularan wabak termasuk melaksanakan perintah berkurung di semua wilayah dan melarang rakyatnya keluar rumah. - REUTERS

Lelaki keluar mendaki ketika PKP ditemui meninggal dunia

Imej
Lelaki keluar mendaki ketika PKP ditemui meninggal dunia Mayat dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. - Foto ihsan: JBPM 29 Mac 2020 BUKIT MERTAJAM : Seorang lelaki yang keluar mendaki di Bukit Cherok Tokun di Bukit Mertajam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Mac lalu ditemui telah meninggal dunia pada pagi Ahad. Mayat Teng Ching Hiang, 58, ditemukan di laluan mendaki di bukit tersebut oleh sepasukan penyelamat yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sukarelawan kira-kira jam 10 pagi. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, operasi pencarian bermula jam 9.30 pagi setelah polis menerima laporan dari rakannya pada 26 Mac lalu. Mohd Mustafa berkata, pada pagi 21 Mac lalu, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia ingin mendaki di Bukit Cherok Tokun seorang diri. Bagaimanapun rakannya telah men

Rumah terbakar, takkan bomba nak mesyuarat dulu?

Imej
Rumah terbakar, takkan bomba nak mesyuarat dulu? Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hadir semasa Operasi Pembersihan Disinfeksi Kawasan Sri Petaling pada hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL  28 MAC 2020 KUALA LUMPUR – Kenyataan tidak puas hati beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion dibidas Tan Sri Annuar Musa. Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu perlu dilakukan di saat genting ketika negara sedang dilanda musibah. “Parah Lid..dah kursus 22 bulan, basic pun Lid belum faham…bila rumah terbakar,adakah pasukan bomba patut bermesyuarat dulu atas nama demokrasi Lid??” soalnya di Twitter. Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas mengenai ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu. Kh

Zon Merah Covid 19 sehingga 28 Mac 2020

Imej
TERKINI: KKM Senaraikan 14 Zon Merah COVID-19, Pecahan Kes Ikut Daerah Kredit: Bernama 28 Mac 2020 KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan 14 lokasi Zon Merah COVIID-19 di seluruh negara. Senarai Zon Merah tersebut: 1. Lembah Pantai 2. Petaling 3. Hulu Langat 4. Seremban 5. Kluang 6. Johor Bahru 7. Kuching 8. Kota Bharu 9. Kinta 10. Gombak 11. Tawau 12. Hilir Perak 13. Titiwangsa 14. Klang Lokasi Zon Merah itu dikongsi menerusi Twitter KKM.

Wabak Covid-19 Proses Penyembuhan Memulihkan Kerosakan lapisan ozon

Satu perkembangan positif sejak wabak covid19 menular ke serata pelusuk bumi berlaku penyembuhan  semula lapisan ozon yang rosak bertahun tahun akibat perlepasan gas hijau dari bumi. Lapisan ozon di atmosfera bumi merupakan pelindung semulajadi kepada penduduk bumi dari ancaman cuaca ektrim,  pancaran sinar-X matahari dan gas merbahaya aktiviti manusia. Masyarakat sedia maklum aktiviti manusia khususnya dalam perindustrian adalah punca menyebabkan perlepasan agen pemusnah lapisan ozon.  Sejak wabak covid19 menular ke lebih 130 negara, kerajaan setiap negara banyak aktiviti perindustrian terhenti atau berkurangan disebabkan kebimbangan risiko jangkitan  virus maut berkenaan. Kehadiran pekerja dikurangkan kerana arahan sekatan pergerakan,  pengurangan pelepasan gas  ekzos kenderaan akhirnya memberi impak positif kepada lapisan ozon yang sangat penting ini. Para saintis mendapati  lapisan ozon di Antartika telah pulih kepada normal dan aktiviti perubahan beberapa atmosfera di hemisfera se
Earth's Ozone Layer Is Healing And Global Air Currents Shifting Back To Normal We all know that the Earth’s ozone layer has a major impact on the climatic experiences on the planet. While the depleting layer had rendered the air and ocean currents off their natural course over several decades, the undesired trend now seems to have come to a pause and might even be reversed in the coming years. Courtesy: the world! The shred of good news comes as scientists observe that the ozone layer over Antarctica has recovered to the point that several atmospheric changes in the Earth’s southern hemisphere have come to a halt. Before the start of the century, the changes were enough to cause dramatic change in weather patterns in several parts of the world. WEF A new study now suggests that the reversing conditions or in more optimistic words, the healing of the Earth, can be accredited to the Montreal Protocol signed by the world leaders back in 1987. The pact directed nations across the globe

Info grafik pakej prihatin covid-19

Pihak berkuasa masih mencari 5,084 ahli tabligh yang tidak disemak

Imej
Pihak berkuasa masih mencari 5,084 ahli tabligh yang tidak disemak Sabtu, 28 Mac, 2020 KUALA LUMPUR, 28 Mac - Kementerian Kesihatan masih mencari 5,084 anggota kumpulan tabligh yang terlibat dalam perhimpunan besar-besaran di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac, kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. Bercakap pada taklimat harian Kementerian Kesihatan tentang pandemik Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan bahawa kerajaan telah menguji 17,584 anggota kumpulan, termasuk saudara-mara mereka, dan mendapati bahawa 1,207 diuji positif, dengan 4,465 keputusan yang belum selesai. "Kami sebenarnya telah menyaring 17,584 anggota kumpulan dan daripada sampel yang diambil 6,648 adalah negatif; 1,207 adalah positif, 4,645 masih belum selesai dan kita perlu mencari 5.084 yang masih belum diuji, "kata Dr Noor Hisham. Beliau berkata kementerian bekerja rapat dengan pihak polis untuk menggalakkan mereka yang belum diuji untuk tampi
Health D-G: Authorities still searching for 5,084 unscreened tabligh members A health worker in protective suit swabs a driver’s mouth at a drive-through testing site for Covid-19 at KPJ Damansara Specialist Hospital in Petaling Jaya March 28, 2020. — Picture by Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, March 28 — The Health Ministry is still looking for 5,084 members of the tabligh group who were involved in the mass gathering at Jamek Sri Petaling Mosque in Kuala Lumpur from February 27 to March 1, said Datuk Dr Noor Hisham Abdullah today. Speaking at the Health Ministry’s daily press briefing on the Covid-19 pandemic, the Health director-general said that the government has tested 17,584 members of the group, including their relatives, and found that 1,207 tested positive, with another 4,465 pending results. “We have actually screened 17,584 members of the group and out of the samples taken 6,648 are negative; 1,207 are positive, 4,645 are still pending and we need to find the 5,084 who have not

Perdana menteri popularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter!

Ramai tersenyum PM bantu Makcik Kiah buat kiraan mudah.  ibu jual pisang goreng, suami pesara bawa Grab, anak pinjam PTPTN! TIADA golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada Jumaat petang.Kata-kata itu sekali gus memberi bayangan bahawa pelbagai peringkat masyarakat di negara ini akan menerima manfaat dan bantuan kerajaan, khususnya dalam berhadapan wabak Covid-19 ketika ini. PKP pelajar IPT terima RM200 seorang Mei ini  Internet percuma hingga tamat PKP  Namun, pasti ada dalam kalangan kita yang kurang jelas serta masih terkial-kial membuat perkiraan mengenai jumlah dan bantuan kategori manakah yang selayaknya diterima. Dalam hal itu, perdana menteri turut membuatpenjelasan mudah dengan menggunakan contoh keluarga Makcik Kiah.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah su
ViralDoktor berdiri di luar pagar luah rindu anak, sepupu mengaku 'emosi' "Semua nak duduk di rumah, tapi mereka tak mampu" Oleh: SHUHANIZA SAIDSHUHANIZA SAIDSEIRING  dengan peningkatan kes wabak Covid-19 yang dicatatkan hari demi hari di negara ini, pastinya petugas perubatan dan kesihatan tidak menang tangan merawat pesakit di hospital. Pengorbanan mereka yang digelar sebagai fronliners ini sememangnya tidak terbalas kerana sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri meskipun berdepan dengan risiko besar untuk turut dijangkiti wabak yang kini sudah mengorbankan 26 individu. Di kala orang lain sedang memperuntukkan masa bersama keluarga dil rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, berlainan pula dengan nasib golongan ini yang boleh dikatakan tidak dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga tersayang kerana tugas. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu, bapa positif Covid-19! Anak doktor akui stres tak boleh lawat ayah di lCU - "Setiap kali dapat panggilan dari ho

Perdana menteri popularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter!

Imej
Perdana menteri popularkan peniaga pisang goreng, Makcik Kiah trending di Twitter! 28 Mac 2020 Kisah keluarga peniaga pisang goreng diceritakan perdana menteri dalam memberi kefahaman mudah kepada rakyat untuk memahami Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan pada Jumaat. (Gambar Hiasan). TIADA  golongan yang akan tercicir.  No one will be left behind. Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada Jumaat petang. Kata-kata itu sekali gus memberi bayangan bahawa pelbagai peringkat masyarakat di negara ini akan menerima manfaat dan bantuan kerajaan, khususnya dalam berhadapan wabak Covid-19 ketika ini. Namun, pasti ada dalam kalangan kita yang kurang jelas serta masih terkial-kial membuat perkiraan mengenai jumlah dan bantuan kategori manakah yang selayaknya diterima. Dalam hal itu, perdana menteri turut membuat penjelasan mudah dengan menggunakan contoh keluarga Makcik Kiah. Perdana Mente

Cuti ke luar negara cetus tsunami gelombang ke-3 Covid-19Jumaat, 27 Mac 2020

Imej
TSUNAMI  gelombang ketiga wabak Covid-19 dijangka melanda negara ini berikutan sejumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara semasa penggal cuti sekolah pertengahan bulan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya menjangka situasi itu selepas rakyat Malaysia didapati bercuti ke Jepun dan Korea walaupun negara-negara itu dikenal pasti berisiko tinggi untuk dilawati termasuk Itali dan Iran. Malah, beliau mendedahkan ada kementerian memberi kelulusan kepada 8,000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara. "Saya dimaklumkan, ada satu kementerian, 8,000 warga kementerian itu diluluskan atau beli tiket untuk melancong, contoh di Jepun, Korea dan sebagainya. "Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif. "Oleh itu kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita m

Lima beranak terperangkap 20 jam, tidur di kebun pisang tak tahu PKPD dilaksanakan

Imej
Lima beranak terperangkap 20 jam, tidur di kebun pisang tak tahu PKPD dilaksanakan   LIMA  beranak ‘terperangkap’ hampir 20 jam di kebun pisang di Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor kerana tidak menyedari penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu, yang bermula tengah malam Khamis. Nur’Ain Shafiqah Mas’odin, 26, berkata semasa arahan PKPD dikeluarkan, mereka sekeluarga yang tinggal di Kampung Permatang Sepam, Benut, Pontian, tidak mengetahuinya kerana semua sudah berada di kebun pisang yang terletak di hujung kampung terbabit. Menurut Nur’Ain Shafiqah, bapanya Mas’odin Supian dan adik Kamarul Afiq, telah ke kebun yang terletak lima kilometer dari tempat tinggal sejak pagi, untuk memungut hasil sebelum dia bersama ibunya Indawati Salbani tiba di situ kira-kira pukul 5 petang, untuk menghantar makanan. “Disebabkan kami sekeluarga ini berpuasa semalam, kami termasuk seorang lagi adik, Nur’Ain Nabiha, 22, yang datang sendirian me

Bayi 12 hari pesakit termuda positif Covid-19

Imej
Bayi 12 hari pesakit termuda positif Covid-19 28 Mac 2020 PUTRAJAYA – Daripada sejumlah 2,032 positif Covid-19, pesakit termuda melibatkan seorang bayi berusia 12 hari yang dilahirkan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada minggu lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19. “Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19. “Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya dalam sidang media di KKM, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rawatan dan tarikh bayi tersebut disahkan positif. Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak berusia dua tahun, menjadi mangsa termuda positif Covid-19 di Kelantan. Muhammad Fateh Aqil Mohd Nazmee yang sepatutnya menjalani rawatan kimoterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), namun terpaksa menangguhkannya selepas ujian darah yang dilakukan m

Tak sempat solat Jumaat atas bumbung, 116 warga asing ditahan

Imej
Tak sempat solat Jumaat atas bumbung, 116 warga asing ditahan 27 Mac 2020 Polis menahan 116 rakyat asing di sebuah kilang di Muar, tengah hari ini, kerana sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat Pakistan, Bangladesh dan Indonesia. “Mereka yang terlibat ini sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat di atas bumbung kilang berkenaan. Jadi, boleh lihat dalam keadaan sebegini pun, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melanggar syarat atau arahan yang diberikan,” katanya pada sidang media, di Johor Bahru, hari ini. Beliau berkata tindakan lanjut terhadap kesemua rakyat asing itu akan dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Imigresen 1959/63. “Kami juga akan siasat majikan mereka. Kalau majikan pun mengetahui atau sedia maklum tetapi t

Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung

Imej
Banduan Akhir Peluk Islam Ketika Sedang Menanti Hukuman Ke Tali Gantung 03/03/2020 Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Jika Dia mengkehendaki-Nya, sesiapa pun tidak akan terkecuali mendapat rahmat dari Allah. Terbaharu, menerusi perkongsian Ustaz Ebit di laman Facebook, beliau berkongsi mengenai kisah bagaimana seorang lelaki warga asing yang terbuka hati untuk memeluk agama Islam ketika sedang menanti hukuman tali gantung. Lelaki tersebut merupakan banduan di sel akhir, kini menghabiskan sisa hidup menanti hukuman ke tali gantung. Namun, siapa sangka, dengan dakwah yang diberikan, hidayah Allah muncul dalam waktu yang tepat. Tadi di Penjara Perlis Banduan akhir menanti hukum gantung dari Nigeria tiba-tiba setelah dakwah tadi terbuka hati ucap syahadah dan memeluk Islam. InsyaAllah penjara akan bantu belajar Islam dan Solat. Sebelum masuk penjara. Dapat mesej staff saya. Office kena pecah masuk. Lebih dari 50k. Beberapa kamera baru rakam ceramah dan laptop-laptop, hp semua serta

Individu bujang pendapatan bawah RM2k dapat RM800

Imej
Individu bujang pendapatan bawah RM2k dapat RM800 KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi bantuan sebanyak RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun keatas yang berpendapatan bulanan RM2,000 kebawah. Bantuan tersebut akan diberikan secara berperingkat mulai April ini sebanyak RM500 dan bakinya RM300 pada bulan seterusnya, Mei. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau maklum dan faham bahawa dalam keadaan negara menghadapi krisis akibat serangan jangkitan wabak Covid-19, sebahagian besar rakyat terjejas sumber pendapatan. Justeru itu, kata beliau, untuk meringankan beban rakyat, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion. “One-off RM800 kepada individu bujang akan disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional dan kali ini buat pertama kali kerajaan akan turut menyalurkan bantuan kepada golongan M40. “Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, p

Pemberian wang tunai one-off untuk semua termasuk M40

Imej
Pemberian wang tunai one-off untuk semua termasuk M40 27 Mac. 2020 Penduduk, Mohalim Isman (dua kanan) ditemani isteri, Jahenab Maryani dan anak, Nurafifi Athirah Mohalim serta menantu, Khairul Hazwan Jasni mengikuti pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 MAC 2020 KUALA LUMPUR – Menepati janji untuk tidak meminggirkan sesiapa pun dalam pakej rangsangan ekonomi, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan hampir RM10 bilion untuk pemberian tunai secara one-off bagi meringankan beban rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. Dan buat pertama kalinya, menurut Perdana Menteri, kerajaan menyalurkan pemberian tunai kepada kumpulan M40. Menurut Muhyiddin, Bantuan Prihatin Nasional itu meliputi pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nela

Azwan Ali mengaku bersalah, didenda RM17,000

Imej
Azwan Ali mengaku bersalah, didenda RM17,000 27 Mac 2020 Reaksi ceria pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA berjalan keluar selepas mengaku bersalah atas kesalahan menghina petugas KKM di Hospital Putrajaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2020. KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan selebriti kontroversi, Azwan Ali membayar denda RM17,000 selepas didapati bersalah menghina petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di Hospital Putrajaya sebagai barisan hadapan memerangi Covid-19. Azwan atau lebih dikenali Diva AA mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azura Alwi. Beliau juga dalam masa yang sama membuat permohonan maaf khas kepada semua petugas Hospital Putrajaya terutama pengarah doktor dan jururawat atas ketelanjurannya memuat naik video yang tular baru-baru ini. Beliau didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta (1) (a) Akta Komunikasi dan Mult