TINDAKAN KHAS PENUTUPAN PREMIS DI SEKITAR JALAN SILANG DAN AIN ARABIA (BUKIT BINTANG).
Kuala Lumpur, 14 Mei 2020
TINDAKAN KHAS PENUTUPAN PREMIS DI SEKITAR JALAN SILANG DAN AIN ARABIA (BUKIT BINTANG).
DBKL hari ini meneruskan tindakan ke atas premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pemantauan dan tinjauan adalah di tiga lokasi iaitu di sekitar kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), kawasan Jalan Ain Arabia (Bukit Bintang) dan Lorong Jubelee. Sebanyak 8 premis telah diambil tindakan serta penutupan premis di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Sek 101(1)(v) iaitu melakukan segala perkara yang perlu untuk atau bermanfaat kepada keselamatan, kesihatan dan kesenangan awam.
Diantara 8 premis yang telah dibuat penutupan melibatkan 2 premis kedai runcit, 3 premis kedai makan, 2 premis telekomunikasi, dan 1 premis menjual rokok dan majalah.
Kesemua premis tersebut telah dikendalikan oleh warga asing dengan menggunakan permit pekerjaan yang berlainan sektor (salahguna permit kerja).
Sumber FB skuad benteras warga asing
Ulasan
Catat Ulasan