Insan OKU Cerebral Palsy Kerah gigih Bisnes 'Online'
Buat Ramai Kagum, Insan OKU Cerebral Palsy Kerah Kudrat Buat Bisnes 'Online'
Kebanyakan golongan OKU kini dilihat lebih selesa berdikari dan berusaha sendiri untuk mencari pendapatan tanpa ihsan orang ramai. Malah, segelintir golongan ini lebih gemar jika orang sekeliling mereka melayannya seperti orang normal.
Jadi, tidak hairanlah jika golongan OKU ini boleh berjaya dan mampu meraih pendapatan yang setanding dengan orang lain. Walaupun pergerakan terbatas dan faktor cacat fizikal, namun golongan ini dilihat tetap kuat semangat melakukan pekerjaan mereka.
Salah seorang pengguna laman Twitter, berkongsikan serba sedikit bingkisan video yang memaparkan seorang insan OKU dari golongan Cerebral Palsy melakukan jual beli atas talian menerusi live di Facebook.
Dalam live tersebut, pemuda OKU itu dilihat mempromosikan dan menjual stokin-stokin yang bercorak comel. Walaupun percakapannya kurang jelas, tetapi ketekunan dan keyakinannya sememangnya sangat dipuji.
Lebih menyentuh hati, setiap videonya mempunyai kasyen yang tertulis permohonan maaf seandainya para pelanggan tidak memahami percakapannya kerana masalah kesihatan yang dihadapi.
Ramai yang kagum dengan pemuda OKU ini kerana tetap cekal menjalankan perniagaan walaupun serba kekurangan. Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengannya meninggalkan maklum balas dan komen yang bagus di Facebook.
Sumber: Twitter, Facebook.

Ulasan
Catat Ulasan