Patrick Teoh dikecam maki ibunda TMJ Permaisuri Johor

Patrick Teoh dikecam maki ibunda TMJ Permaisuri Johor


Seorang pelakon dan juruhebah radio terkenal hari ini dikecam warganet apabila telah membuat satu hantaran menyumpah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


Patrick Teoh dalam satu hantaran di facebook mempersoalkan apa yang cuba dicapai oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui satu video yang dihasilkan olehnya.


“Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching it is What The Fuck!!! You're spot on.” soal Patrick.


Di akhir hantaran Patrick tersebut, beliau sempat menyumpah dengan perkataan yang dipercayai dari bahasa cina Hokkien, Niamah!!!.



Menurut hasil pencarian kami, niamah atau niamah jika di dalam bahasa Melayu memberi maksud seakan-akan ‘mak kau la’ (your mother) yang mana perkataan ini bertujuan untuk menyumpah (curse).


Patrick Teoh yang sememangnya terkenal dengan sikap yang ektrim membenci Islam dan Melayu itu bagaimanapun telah memadamkan hantaran tersebut.


Sebelum ini beliau teruk dikecam apabila telah menghina agama Islam, mempertikaikan solat lima waktu, menutup aurat dan bacaan Al-Quran.


Walaubagaimanapun, setakat hari ini tidak ada sebarang tindakan atau hukuman yang dikenakan terhadap Patrick dengan setiap penghinaan yang telah dilakukan terhadap Agama dan Raja-Raja Melayu.


Netizen menggesa pihak berkuasa agar tidak lagi berlembut dengan pihak-pihak yang cuba membuat kekacauan, mencetuskan api pernsengketaan antara agama dan kaum.


Rata-rata mendesak pihak polis untuk menangkap dan menghukum patrick yang telah melakukan kesalahan yang sama berulang kali agar dapat diberi pengajaran kepada yang lain. – Cinca


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MALAYSIA TIDAK IKTIRAF LESEN MEMANDU UNHCR .

Keluhan warga RTC Kelantan tentang peniaga asing