Orang Politik NGO tiba tiba melompat isu halau PATI
Dah kenapa tiba tiba melompat kecam kerajaan tangkap PATi. Apakah ada kaitan dengan pemerdagangan PATI?
Dunia mengetahui perniagaan mePATI amat lumayan
PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin politik atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tidak perlu ambil kesempatan untuk menjadi hero kepada pendatang asing tanpa izin (PATI),
Beliau berkata negara mengambil tindakan yang betul dengan menangkap PATI berikutan mereka masuk ke negara ini tanpa permit bekerja,
“Tidak baik menuduh Malaysia bertindak tanpa perikemanusiaan,
“Sebenarnya negara lain jauh lagi teruk kendalikan PATI. Di negara kita kira baik lagi,” katanya pada sidang media hariannya,
Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan pekerja asing dilayan teruk oleh kerajaan termasuk menangkapnya ketika perintah kawalan pergerakan diperketatkan sebelum ini,
Ismail berkata ramai yang keliru kerana terdapat 2 kategori pekerja asing di negara ini iaitu yang ada permit bekerja dan masuk secara haram,
Katanya, yang masuk secara sah akan mereka dilindungi sebagai pekerja yang mendapat permit,
“Tidak kira sektor mana seperti pekerja ladang, perumahan, mereka menerima berbagai faedah daripada majikan mereka kerana masuk secara sah dan dapat permit,
“Yang timbul isu kategori kedua masuk secara haram tak punyai sebarang dokumen perjalanan. Itu pun kita bertindak secara kemanusiaan kita letak di depot tahanan imigresen dan diberi makan secukupnya,” katanya,
Ismail berkata apabila timbul Covid-19 di depot tahanan, kerajaan meminta PATI membuat saringan 100% supaya mereka dapat diselamatkan,
Katanya, jika dijangkiti Covid-19, mereka akan dihantar ke Maeps untuk rawatan,
“Setengah PATI ditangkap masuk lorong tikus, takkan nak beri layanan istimewa seperti bebaskan mereka. Ini langgar undang-undang,
“Dakwaan serbu PATI sewaktu PKPD tak betul. PATI tak punyai dokumen perjalanan takkan nak biar macam orang lain hidup seperti biasa,
“Salah dari segi imigresen biar mereka bebas, akhirnya dibawa ke depot. Kita serbu dan saring mereka 2 kali. Jika negatif hantar ke depot,” katanya,
Ismail berkata kerajaan juga meminta Jabatan Imigresen berbincang bersama Kementerian Luar dan negara asal untuk menghantar mereka pulang.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/27/pemimpin-politik-ngo-tidak-perlu-jadi-hero-kepada-pati-kata-ismail/
Ulasan
Catat Ulasan