Solat Bukan Bahan Jenaka, Pendakwah Tempelak 'Trend' Video Batalkan Solat
Sejak PKP ini berlangsung, ramai yang dilihat cuba mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan semasa di rumah. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi masa-masa terluang untuk menghindarkan rasa bosan ketika duduk di rumah.
Lebih menggembirakan apabila, sebilangan masyarakat muslim terutamanya dilihat sudah mula melaksanakan ibadah dan aktiviti rohani bersama-sama ahli keluarga sebagai rutin harian mereka.
Sejak kebelakangan ini, tular beberapa buah video yang memaparkan beberapa kelompok keluarga sedang memunaikan solat berjemaah. Namun, solat mereka dilihat terbatal disebabkan oleh gangguan yang berlaku disekitar mereka.
Perkara ini sekali pandang sememangnya melucukan dan meraih ribuan tontonan di media sosial. Pendakwah bebas, Nik Nizam Nasir mengulas mengenai perkara tersebut yang jelasnya mencetusakan perasaan kurang senang kepada umat islam yang lain.
“Jauhkanlah diri dari orang2 yang menjadikan agama sebagai permainan & hiburan…”
Diharapan umat islam dapat menjadikan perkara ini sebagai satu pengajaran dan terima teguran dibuat dengan hati yang terbuka. Sama-samalah kita perbaiki diri terutamanya di bulan Ramadan yang mulia.
Sumber: Facebook.
Ulasan
Catat Ulasan